Monday, December 21, 2009

ღ♥ Kekasihku Is Setan ♥ღ


setelah menonton drama Kekasihku Is Setan nie sebanyak 3x, tiada apa yg den mampu ucapkan selain Thumbs Up untuk penulis skrip n pengarah citer nie!

best ok!
kekasih sehidup semati, susah nak dapat, kan?
tapi dalam citer nie kebetulan yang tercipta mampu menggamit hati sesiapa je yang menonton citer nie..

btw, ost kekasihku is setan nie korang da tau la kn?
korang tau x lagu2 lain dalam citer tue?

yang den pasti ada lagu Maha Melihat by Opick ft Amanda, and yang satu lagi if den x silap Memilih by Novi..

pelakon2 utama citer nie ialah kamal adli dan intan ladyana..

ok, meh den asah bakat den wat sinopsis setelah hampir sebulan meninggalkan alam persekolahan..


Iskandar ataupun lebih dikenali sebagai Is Setan kerana sifatnya yang suka menyakat pelajar2 kolejnya dan juga seorang buaya darat yang sering bertukar-tukar gf terlihat Rose dan Zaiton lantas menegur mereka berdua. Bermula pada detik tersebut, Rose seakan-akan telah terpikat kepada Is, perubahan sikapnya itu disedari oleh Zaiton. Is dan rakan2nya melakukan sesuatu yang sering dilakukan pelajar senior kepada pelajar junior, iaitu 'membuli' mereka. Rose, seorang gadis yang mempunyai penyakit leukemia yang hanya mampu berdiri dengan menggunakan bantuan tongkatnya hanya mengikut kemahuan seniornya itu. Mereka didenda dengan berbagai cara hinggalah sampai satu tahap dimana Is
telah mengarahkan mereka berdiri dan mengangkat kedua2 tangan mereka sambil melompat, sesuatu yang sukar dilakukan oleh Rose! Rakan2 Is telah melarangnya untuk berbuat sedemikian tetapi Is mengendahkan larangan mereka sehinggalah Rose jatuh pengsan. Disaat itu Is mengetahui mengenai sakit yang dihidapi oleh Rose sama seperti sakitnya. Is sering keluar dengan Rose setelah kejadian itu dan terus merahsiakan tentang apa yang diketahuinya. Mereka saling jatuh
cinta. Ketika Rose menyatakan rasa cintanya kepada Is, Rose jatuh pengsan dan dia disahkan oleh doktor bahawa dia jangka hayatnya tidak
lama lagi. Is yang sebelum ini turut menerima khabar yang sama mengenai jangka hayatnya telah datang ke hospital dan berterus-terang kepada Rose bahawa dia telah lama mengetahui mengenai penyakit yang dihadapi Rose. Pada ketika itulah Is jatuh pengsan dan berita mengenai sakit yang dihadapinya tersebar luas. Di saat2 akhir kehidupan mereka telah pun berkahwin dan menjalani kehidupan sebagai sepasang suami isteri. Mereka disahkan meninggal dunia oleh kedua ibu bapa Rose yang datang ke bilik mereka untuk mengejutkan mereka daripada tidur..
~The End~


hehe, panjang lebar pula sinopsis den tue, btw, if ada salah, sorry la yek, den taip ikut apa yang den ingat je tue...

ok, gtg, tata... ^^

~brb~

No comments: