Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Friday, April 23, 2010

Jika Aku Seorang JUTAWAN


Ouh, tak sangka i buat entry nie! Siapa tak nak jadi jutawan kan? Semua orang pernah bermimpi memiliki duit yang berjuta-juta sekelip mata saja, betul tak? Kenapa jutawan ada lebih kurang rm2000 je tue? Meh den citer apa yang den dah buat dengan duit-duit yang berlambak tue..

Sebelum tue berikan masa sepuluh minit untuk cik penulis blog berfikir dengan lebih terbuka.. *cehh, apa kaitan pula fikiran terbuka dengan topic JUTAWAN nie?* Ok, ada kaitan sebenarnya.. If berfikiran tertutup, duit yang ada dalam genggaman pastinya tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.. Maka dengan itu, jom berangan-angan bersama saya! :)




Saya nak kahwin! Muahaha.. Ouh, statement yang bakal membuatkan my parents tergelak.. *eh, masuk topic cepat!* Sila berfikiran terbuka sayang-sayang sekalian. Maksud den nak pastikan den ada duit yang mencukupi sebelum bersedia melayari bahtera perkahwinan.. (Harap maaf, ayat-ayat seterusnya akan disambung tahun depan) :p




Ouh, kalau den ada rumah sebijik macam nie, confirm den tak nak keluar pi mana-mana.. Anggaran harga rumah nie RM sejuta kot.. so, kalau den beli/buat rumah nie untuk parents dan family den sendiri, lebih kurang 3 juta (termasuk beli perabot dan barang-barang yang diperlukan).. Eh, tinggal berapa lagi yek duit den? Ok, lebih kurang 5 juta.. *berlagak giler* :p




Den tak nak kereta yang mahal-mahal, cukuplah sebuah Toyota Prius, kereta idaman den sepanjang zaman, hehe.. Jimat duit minyak wei, akan datang harga minyak semakin meningkat.. *eh, tadi kata jutawan.. Mana ada jutawan yang pening kepala tentang kenaikan harga minyak.. Ouh, den jutawan yang kedekut atau lebih baik digelar sebagai jutawan yang membelanjakan setiap sen duitnya untuk sesuatu yang lebih bermanfaat, harap maklum* :p




Sesiapa yang tak kenal Khabir Bhatia (KB) memang buta seni la.. Motif Encik KB masuk dalam dunia imaginasi den? Ok, den nak bayar sejumlah wang untuk memastikan Encik KB menjadi director untuk... Haiz, segan pula den nak citer.. Erm, korang agak2 dah ada ke pasangan yang buat filem kisah cinta mereka dan pelakon untuk citer tue adalah mereka sendiri? Haha.. Macam tak pernah dengar pula kan.. Den nak buat macam tue.. :p

Motif? Kalau mamat sorang tue berubah sikap, den suruh dia tengok balik lakonan dia sambil berkata, "Papa, tue semua hanya lakonan, kan? Nie la sifat papa yang sebenarnya, kan?".. Haha.. Giler, confirm my hubby makin marah.. Hahaha.. Tak lah, den nak buat semua tue sebab tak ada lagi yang buat camtue.. Ye la kan, JUTAWAN, semua benda yang orang tak pernah buat dia nak buat.. Hehe..

Ok, sila kembali ke pangkal jalan..

Den nak menjejaki Tanah Suci Mekah.. Kalau boleh den nak semua ahli keluarga den bersama-sama mengerjakan ibadah haji..

Den nak buat satu institusi yang menjaga semua anak-anak terbiar.. Tak perlu menyusahkan media massa buat liputan berita tentang bayi yang terbuang di tepi longkang, dalam tong sampah, dan di mana-mana je tempat yang selayaknya bukan untuk anak yang tidak berdosa tue, tapi untuk KAMU.. Kesian baby tue.. Mana la tahu suatu hari nanti baby tue menjadi insan yang menaikkan nama negara, mencipta ubat-ubatan yang mampu merawat segala penyakit yang masih belum ada ubatnya lagi, dan mendamaikan negara yang kacau-bilau.. SIAPA TAHU, KAN?

Den nak pastikan keluarga den mendapat kehidupan yang sempurna.. Biar tak terlalu mewah, asalkan segala-galanya mencukupi..

Den rasa den perlu berfikir lagi impian den yang seterusnya, xnak la entry nie meleret-leret.. Ok, entry TAMAT.. ◕ ‿ ◕

Tuesday, April 20, 2010

Akhirnya Gambar Tunang Dah Berada Dalam Genggamanku!



Dah 2 minggu den tunggu gambar-gambar nie tau.. Usb cable menghilangkan diri lagi, so den kena tunggu la sampai my dad sendiri yang transfer semua gambar tue ke dalam cd.. Gambar-gambar nie semua den sendiri yang snap yek, tak hairan lah kalau gambar-gambar nie nampak tak pro.. Eh, lupa nak citer, nie gambar majlis pertunangan sepupu lelaki i yek, not mine..

Korang doakan la den cepat-cepat dapat calon yek? Hahaha.. Macam terdesak pula.. Den bergurau je la wei, x suka la buat entry yang serius.. Ok, jom tengok gambar-gambar yang den dah 'musnahkan'.. ◕ ‿ ◕



Satu-satunya gambar yang den edit.. x kemas la wei.. Takde mood dah den nak tengok warna merah dan hitam putih tue, mesti ada yang 'terkeluar' landasan, hoho..



Encik Z menyarungkan cincin ke jari cik A.. *haha.. terpaksa guna 'abjad', nanti dorang tersesat kat sini, free2 den kena marah coz upload gambar dorang tanpa kebenaran*



Giliran cik A pula.. If korang perasan, tangan cik A ada bekas luka.. Dia baru keluar hospital, lupa pula sakit apa, tapi sekarang dah ok la..



Banyak lagi gambar yang den nak upload, but my dad kata gambar-gambar tue teruk, tangan terpotong la, songkok tak nampak la, haiz, semua la tak nampak.. So, den malas nak upload gambar-gambar tue..

Last but not least, BEING SINGLE DOESN'T MEAN YOU'RE ALONE.. ◕ ‿ ◕