Showing posts with label Friendship. Show all posts
Showing posts with label Friendship. Show all posts

Wednesday, September 15, 2010

Rombongan Raya Yang Hampir Tak Jadi


Salam Syawal.. Seperti tahun lepas, rombongan raya turut diadakan pada tahun nie (eh, apsal ayat skema sangat nie? fuhh.. sila menjadi diri anda semula!).. Rombongan seramai 18 orang (tak lah ramai sangat) telah berjaya menjajah 9 buah rumah (last year 11 buah rumah)..



Nie keja safwan.. Dalam banyak2 gambar yang dia ambik, gambar nie & 3-4 gambar je berjaya diselamatkan; gambar yang lain kabur, hehe.. saf, sorry.. :)



Kereta yang berjaya membuatkan 3 orang penumpang membuka pekung di dada.. haha..

*situasi: encik zakwan dengan yakin membawa keta dengan kelajuan yang 3/4 laju (haha.. ada ke??) menuju ke rumah Cikgu Abdullah.. Tiba-tiba sebuah kereta berada dihadapan kami (kira2 50m kot, entah la, i bukan pelari or tukang ukur jalan). Encik zakwan pun dengan gelabahnya memperlahankan pemanduannya (weiiiii... citer stop sampai sini, den x pandai la nak citer balik kat korang, kesimpulannya kami nyaris-nyaris terlanggar dengan keta pakcik yang tak tahu peraturan d jalan raya tue)*

effy: Nasib baik sempat mengelak tadi.. Aku belum kahwin lagi nie!
erlyn: Nak kahwin apanya, bf pun belum ada lagi!
me: *me too, me too!!* -cakap dalam hati je la, haha..-
siau chui: at least i dah ada bf..
zakwan: *lupa dah apa pakcik sorang nie cakap*



safwan, gambar nie ok.. mark pun bersemangat je senyum dalam gambar nie, hehe..


encik safwan yang tiada angin tiada ribut pakai spec, ada degree pula tue.. huhu..



encik zakwan merangkap our beloved driver yang tak banyak songeh pada hari tersebut..

*actually den tak tahu nak merepek apa lagi nie, masih pening; dah lama tak dengar suara-suara yang agak tinggi volumenya, hahaha..*



kaum lelaki yang tak pernah ketandusan idea mengeluarkan aksi-aksi yang tak bleh blah; semua aksi dorang nak buat..



last but not least, terimalah gambar nie sebagai kenangan kita; bukan senang nak berkumpul ramai-ramai macam nie.. *emosi lebihhhh*

ok, idea nak merepek yilek, so, entry TAMAT.

Monday, August 30, 2010

Program Ihya Ramadhan Peringkat Negeri Sabah


Salam~
Dah lama kan blog nie x berupdate? Ok, nak citer sket.. Pada 24-27 Ogos 2010, den telah menyertai Program Ihya Ramadhan di Kem Malangang, Kiulu; Pusat KoKurikulum, Sabah.. Secara ringkasnya, semua aktiviti yang dianjurkan best sangat!

Dah namanya program Ihya Ramadhan, dah tentu pengisian program tersebut adalah aktiviti keagamaan.. Dalam kesemua aktiviti yang diadakan, den tertarik dengan aktiviti Cara Pengurusan Jenazah dan FLYING FOX!! Fuhh.. Tak sangka den berjaya melepasinya tanpa menangis or menjerit-jerit..

owh ya, picture credit to pusatkosabah.. Tak sabar nak tunggu update terbaru daripada mereka, i forgot to bring my camera lorr.. huhuhu..

Ramai dalam kalangan peserta dari sekolah menengah agama.. So, x hairanlah penghulu, penghuluwati, ketua imam, imam-imam, dan ketua-ketua kumpulan dilantik dari kalangan mereka.. Kalau den x silap, penghulu, penghuluwati dan ketua imam adalah pelajar 6 rendah, namun imam-imam yang lain adalah pelajar tingkatan 4.. Best giler dengar ceramah dorang..

Aktiviti yang lain pula ialah pertandingan pidato dan nasyid.. Secara tak langsung, kesemua aktiviti tersebut merapatkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar sekolah menengah biasa dan sekolah menengah agama.. honestly, sebelum menyertai kem tersebut, den anggap pelajar SMA nie pendiam, but dont ever judge a book by its cover! Walaupun para puteri bertudung labuh, para putera berserban, namun dorang tue pun giler2 juga! hehe.. Time perhimpunan pagi ada sedikit senaman yang memerlukan para peserta menari.. Guess what, dorang lebih sporting berbanding den! they lurve it more than i am..

last week was my hectic week!
Program Ihya Ramadhan di Kiulu {Selasa-Jumaat}
Program Ihya Ramadhan di Smk Beaufort II {Sabtu-Ahad}
then bersambung lagi hari nie, program Sambutan Hari Kemerdekaan..

fuhh.. no worder la ada senior yang cakap muka den stress giler hari sabtu-ahad tue..
Saya penat.. If I could tell each of u bowt it, i'll do, but i cant.. lagi la keluar citer tentang GK.. I've not enough time to be GK, we served da best for u.. So, if kami kurang beri perhatian kepada kamu, kami minta maaf sangat-sangat.. Tiada niat pun.. Erm.. Kalau boleh, tolong la face to face dengan kami.. Honestly, den berterima kasih dengan seorang hamba Allah tue, dia tegur kesilapan den.. Untuk yang cakap belakang-belakang tue, sorry to say, layan la perasaan tue sorang2.. :)

ok, tukar topic!!

entry seterusnya tentang Program Ihya Ramadhan di SMK Beaufort II..
{tengah tunggu camera bernyawa semula}


*Cik wanie, ira, ziera, atul, sherry, n azean,, sis rindu giler dengan kamu!!*

~Entry TAMAT~

Thursday, August 12, 2010

Adakalanya masa bukan penghalang bagiku..


Pelik sungguh title entry kali nie, den pun tak tahu bagaimana title tersebut tercetus.. Ok, memandangkan cik penulis blog terlalu 'rajin' update blog (seminggu sekali), den citer tentang hal-hal yang berlaku 2 minggu lepas la yek? hehe..

** ok, tukar topic.. den baru perasan dah masuk 3 bulan den jadi dak form 6.. perasaan? dah tentu tak sama macam study kat tempat lain.. sebab apa? i've no choice, nak x nak, kena jadi budak sekolah lagi.. but.. ada sesuatu yang berbeza.. tanggapan awal tentang sekolah den semakin berjaya ditepis, meaning to say that hampir semua dah jadi positif.. 3 minggu pertama memang rasa berat hati sangat, but lama-kelamaan cik penulis blog nie dah boleh terima hakikat dia kena habiskan zaman persekolahannya; dengan keputusan yang lebih baik, wee.. 1 more thing, ada sesuatu yang den tak akan dapat di tempat lain.. i hate the fact that i need to meet someone, but at the same time i lurve it.. weird kan budak sorang nie? huhu.. encik MASA, kamu tidak membantu dalam hal ini.. **




ok, sambung citer tentang karnival sukan.. sebenarnya ada lebih 3 permainan yang dipertandingkan, semua best, nak join tapi segan la (haha.. alasan semata-mata!!)

den boleh katakan hampir semua guru2 kat sini sporting.. erm.. kalau ikutkan memang susah nak cari yang sporting, makcik sorang nie main serbu je ambik gambar cikgu2.. hehe.. uitz.. i ada tanya tau.. soalannya berbunyi begini, "cikgu, boleh saya ambik gambar?".. haha.. rasanya tak la sopan giler camtue.. mungkin yang lebih tepat, "cikgu.. *sambil tunjuk aksi2 seorang photographer yang tak sabar2 nak ambik gambar* ", haha.. :p

lagi 1.. cikgu2 siap pesan, "lepas nie bagi gambar tue dengan cikgu".. den rasa pelik wei.. 1st time!! sebelum nie takde cikgu2 cakap camtue.. nak tambah lagi.. budak2 kat sini memang sporting giler!! dorang sendiri offer untuk ambik gambar dorang.. owh ya.. lupa citer.. actually camera yang den guna tue milik my bff, nak bawa camera sendiri tapi dak tue sibuk dengan aktiviti jualan dia, so, bila lagi nak guna dslr camera yang lebih canggih, kn?? hehe.. *encik nikon D80, anda tetap di hati nie walaupun anda dah tiada di pasaran lagi*



psst.. ada 1 team futsal tue kan, group dorang kan, minta puji sangat la kan, err.. banyak sangat kan pula.. ok, sambung citer! nama team dorang GEBU! haha.. gebu la sangat! :p

ok, orang kata bulan ramadhan nie lebih baik kurangkan berkata-kata, banyakkan berzikir.. ye la kan, adakalanya kita tak tahu apa yang keluar dari mulut kita tue menyakitkan hati insan lain.. err.. dalam situasi nie pula, den takut jika tersalah taip n mengguris hati insan yang membacanya..

harapan untuk bulan puasa nie?
1st, semoga puasa yang dilaksanakan lebih berkualiti..
2nd, semoga diri ini tidak meninggalkan apa yang wajib dan mengerjakan apa yang sunat..
3rd, semoga bulan ramadhan tahun ini penuh rahmat dan menggembirakan semua umat Islam..
4th, semoga bulan ramadhan tahun ini bukan bulan ramadhan yang terakhir untuk diri ini..
5th, semoga wujud kemaafan dalam dirinya untuk memaafkan segala kesilapan yang telah diri ini lakukan.. u're always be my soulmate n my best friend..


sayang-sayang sekalian, salam ramadhan dan selamat berpuasa!! :)

~ entry TAMAT ~

Saturday, February 27, 2010

Saya Merindui KAMU! v3


A true friend
A true friend is the one who picks you up when you fall
A true friend is one that won't lie
A true friend is there when you call
A true friend is there when you want to die
A true friend knows just what to say
A true friend won't care what other people think
A true friend will help you find your way
A true friend will make sure you don't sink
A true friend will help you choose your path
A true friend will know when something is wrong
A true friend has to sometimes face your wrath
A true friend makes you feel like you belong
A true friend


hehe... Nie aktiviti 'malas masuk kelas' beberapa minggu sebelum SPM.. haha.. lepak secara berjemaah kat pusat bahasa sambil online.. orang lain sibuk study kat kelas, korang pula boleh buka facebook sambil mengutuk sorang2 kawan korang kat facebook yek? haha... :p



ok, yang nie berfaedah sikit.. sikit je la, buka buku physics lagi berfaedah..
physics?? tiba2 rasa pitam bila teringatkan result spm yang bakal keluar tue.. huhu...


actually kami melepak kat sini bukan suka2 je tau, ada pertandingan Spelling Bee..




nie la buktinya.. :)


yang nie memang tak boleh blah! makcik2 sekalian, korang peluk hamper2 tue sampai tahun depan pun hamper tue tak akan menjadi milik korang.. haha.. sekali lagi, motif mengutuk kawan sendiri? ala, if dorang marah pun sekejap je.. tapi yang sorang tue lagi best, hari2 kenakan dia kat fb langsung tak marah, haha... pakcik, sabar je la yek? nanti den kenakan hang lagi... muahaha..

entry nie auto publish..

erm.. ok, cik empunya blog nak mengundurkan diri, sayang korang semua!!


~brb~

Saya Merindui KAMU! v2


A friend is someone we turn to,
when our spirits need a lift.
A friend is someone we treasure,
for our friendship is a gift.
A friend is someone who fills our lives,
with beauty, joy and grace.
And make the world we live in,
a better and happier place.



korang ingat tak lagi tempat nie? haha.. wahai kawan2ku, kalau kamu tak ingat, memang nak kena korang nie! *hehe.. ok, i yang bersalah coz tanya soalan tue*



nie muka2 budak happy SPM dah habis.. eh, sekarang boleh lagi tak bergambar macam nie? tak boleh kan? masing2 tak boleh senyum lebar2 dah..ye la kan, tak lama lagi result SPM nak keluar.. huhu... oh, tidak! :(



yang nie i suka! haha... suka katanya.. :p
ahli2 persatuan sejarah yang selalu memeningkan timbalan pengerusi.. erm.. pengerusi persatuan nie aka cik enjjilla selalu outstation, nak tak nak, i juga yang kena handle dorang, huhu... takpe, semua tue dah lepas.. :)




oppppps! tersesat pula gambar dorang nie kat sini! hehe..
takpe, korang tengok je la.. :p

eh, lupa nak bagitau, entry nie auto publish, cik empunya blog tengah bercuti kat kampung.. ok, salam sayang buat korang semua!! :)

~brb~

Thursday, February 25, 2010

Saya Merindui KAMU!


ok, title entry tersebut bukan auta, memang fakta! rindu study sama-sama, bergosip secara berjemaah, dan yang paling penting, didenda beramai-ramai! haha.. kita kan nakal, tapi nakal2 yang baik la.. haha.. pernah tak kita bermusuh sesama sendiri? ok, rasanya ada sesekali, tapi tak lama pun, esok lusa dah ok.. rindunya nak jumpa korang!!! hahaha... ok, bila dah jumpa nanti, korang tak dapat dengar ayat tersebut, segan la nak gtau korang...



haha.. tergelak sorang2 tengok pix nie.. peter tersesat coz dia rajin, bertuah cik ag kita tue.. :)




rindu korang berlima! rindu makcik effy and wawa coz dah tak dapat menyakat nenek erlyn tue.. nenek erlyn i tak rindu, tiap2 hari dapat sms dia, menghabiskan credit i je, huhu.. makcik surati pula coz dah tak dapat dengar dia membebel.. makcik syidah? rindu nak panggil "chichi.. oh, chichi...", hehe..


korang tengok tue, kat mana2 je kalau boleh dorang nak bergambar.. huhu..



yang nie i suka! semua cute! hehe..



ok, i yang snap pix nie.. haha... rasa lawak giler, kak lulu tue la punya pasal, nak jadi hantu konon, hantu yang tak menjadi~ hehe... tak menjadi pun berhabis juga den gelak! pasal tue la gambar nie 'cacat'.. :(


korang tak payah buat muka comel, tak buat pun korang tak comel juga! hahahaha... motif mengutuk kawan sendiri? ala, dah biasa, dorang tak akan marah, tapi dorang akan balas balik.. uuuuuu... takutnyeeeeeeeee... haha.. :p

ok, nak siapkan entry2 untuk esok, sabtu, dan ahad..
nanti korang datang la pada hari2 tersebut yek?
sayang sangat2 kat korang!! :)

~brb~