Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, September 15, 2010

Rombongan Raya Yang Hampir Tak Jadi


Salam Syawal.. Seperti tahun lepas, rombongan raya turut diadakan pada tahun nie (eh, apsal ayat skema sangat nie? fuhh.. sila menjadi diri anda semula!).. Rombongan seramai 18 orang (tak lah ramai sangat) telah berjaya menjajah 9 buah rumah (last year 11 buah rumah)..



Nie keja safwan.. Dalam banyak2 gambar yang dia ambik, gambar nie & 3-4 gambar je berjaya diselamatkan; gambar yang lain kabur, hehe.. saf, sorry.. :)



Kereta yang berjaya membuatkan 3 orang penumpang membuka pekung di dada.. haha..

*situasi: encik zakwan dengan yakin membawa keta dengan kelajuan yang 3/4 laju (haha.. ada ke??) menuju ke rumah Cikgu Abdullah.. Tiba-tiba sebuah kereta berada dihadapan kami (kira2 50m kot, entah la, i bukan pelari or tukang ukur jalan). Encik zakwan pun dengan gelabahnya memperlahankan pemanduannya (weiiiii... citer stop sampai sini, den x pandai la nak citer balik kat korang, kesimpulannya kami nyaris-nyaris terlanggar dengan keta pakcik yang tak tahu peraturan d jalan raya tue)*

effy: Nasib baik sempat mengelak tadi.. Aku belum kahwin lagi nie!
erlyn: Nak kahwin apanya, bf pun belum ada lagi!
me: *me too, me too!!* -cakap dalam hati je la, haha..-
siau chui: at least i dah ada bf..
zakwan: *lupa dah apa pakcik sorang nie cakap*



safwan, gambar nie ok.. mark pun bersemangat je senyum dalam gambar nie, hehe..


encik safwan yang tiada angin tiada ribut pakai spec, ada degree pula tue.. huhu..



encik zakwan merangkap our beloved driver yang tak banyak songeh pada hari tersebut..

*actually den tak tahu nak merepek apa lagi nie, masih pening; dah lama tak dengar suara-suara yang agak tinggi volumenya, hahaha..*



kaum lelaki yang tak pernah ketandusan idea mengeluarkan aksi-aksi yang tak bleh blah; semua aksi dorang nak buat..



last but not least, terimalah gambar nie sebagai kenangan kita; bukan senang nak berkumpul ramai-ramai macam nie.. *emosi lebihhhh*

ok, idea nak merepek yilek, so, entry TAMAT.

Wednesday, September 8, 2010

Iklan Raya PKNS 2010



Salam Ramadhan.. Rss Graffiti dah diaktifkan semula, yay!! Ok, jom citer tentang iklan raya!! Hebat ke iklan raya tahun nie? For me, lebih banyak iklan yang biasa je.. Lebih memalukan, ada iklan yang tak sepatutnya ditayangkan, erm, dah tentu korang sedia maklum iklan yang den maksudkan.. *rindu dengan iklan-iklan arahan arwah Yasmin Ahmad*

Hasil kajian yang memakan masa 5 hari mendapati iklan raya PKNS yang lebihmenyentuh hati (walaupun golongan sasar iklan ini lebih kepada golongan yang berkemampuan)





ada lagi 1 iklan tue, den try cari kat youtube dengan kata kunci 'iklan raya 2010' tapi tak jumpa.. Iklan tue tentang sepasang suami isteri dan ayah mentua.. si suami tue mualaf, India.. Dia dan his wife bawa ayahnya beli baju melayu.. Kemuncak iklan, lelaki tue terharu coz walaupun ayahnya beragama Hindu, tetapi dia tetap pakai baju melayu tue selengkap yang boleh (dia ambik masa yang lama juz untuk pakai butang baju Melayu)

ok, jalan cerita macam tak sempurna.. If korang tahu iklan yang den maksudkan, tolong bagitahu den yek?




Walau apa pun yang terjadi *buat masa nie la*, iklan raya Petronas 2006 tetap yang terbaik dan menyentuh hati.. Honestly, den pernah menangis pasal iklan nie..

The behavior of a child's parents leaves a permanent impression in the child's subconscious mind... Budak-budak senang terpengaruh, no wonder la budak dalam iklan tue kata, "abah jangan lupa pakai lampin tau".. Dah parents dia tunjukkan cara mengurus atuk mereka dengan cara yang tak baik, dah tentu la mereka terikut-ikut..

ok, bulan Ramadhan bakal melabuhkan tirainya, so last day of fasting month is tomorrow or friday *hopefully FRIDAY*

err.. den ada sesuatu nak citer nie.. actually kan, 2 Syawal tue my birthdate mengikut kalendar Islam.. hehe.. :)

Ok, tengah kumpul tenaga untuk perutusan raya lepas nie.. entry TAMAT.

ღ♥ Persiapan RAYA ♥ღ


Salam Ramadhan.. Jap, nak tarik nafas dulu.. Fuhh.. Penat giler! Ye la kan, saat2 akhir baru nak kemas rumah.. Oleh kerana nak cepat-cepat online, urusan pemindahan meja komputer didahulukan.. Gigih ok den buat keja tue sorang-sorang.. *bangga* :p

Actually dari kelmarin lagi dah bersilat kat rumah nie.. *bukan typo, memang den bersilat, bersilat dengan kain-kain yang perlu dicuci*

Keburukan beli sofa jenis kain? Terpaksa cuci sarung sofa tue! fuhh.. *fenatttttt*
Penat sehingga tergelincir pun gelak.. Tergelincir yang terduduk tue ok, giler tak sakit, huhu.. *fenatttttt*

Erm.. Sejak akhir-akhir nie pelbagai teori yang muncul.. 1st, teori 'gam' yang lebih kuat.. 2nd, teori cermin.. Teori yang lain tue toksah citer la, memang tak logik.. Ok, 1st teori.. Kalau korang buat popiah kan, korang guna putih/kuning telur sebagai 'gam'nya? Sebelum nie den biasa guna putih telur, but last night makcik den kata kuning telur lebih kuat.. Erm.. Belum layak dipanggil teori, bagi den dua-dua pun kuat.. 2nd teori.. Cara membersihkan cermin dengan lebih berkesan! haha.. tak perlu citer dengan panjang lebar, hampir sama dengan teori pertama juga.. :p

Hopefully raya jatuh pada hari jumaat, mood raya belum ada owh.. =.=

ok, nak sambung bersihkan cermin.. :)

~agak-agak korang la kan, bila raya yek?~