Tuesday, July 3, 2012

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia



Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

KDS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.

Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

SUMBER: 1 Pengguna

PUTRAJAYA, 2 Jun – Tan Sri Muhyiddin hari ini melancarkan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia, bagi membantu golongan pelajar institut pengajian tinggi menghadapi kenaikan kos harga barangan.
Timbalan perdana menteri itu berkata kad tersebut akan memberikan manfaat kepada lebih 1.5 penuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi dengan kadar diskaun antara lima hingga 60 peratus.

“Menariknya kad ini adalah idea daripada Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada November tahun lalu, dan dalam tempoh enam bulan ia telah dilaksanakan,” katanya dan menambah “ini satu rekod, cadangan dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.”

Jelas Muhyiddin lagi, “ini adalah bukti kerajaan mendengar suara mahasiswa dan mengiktiraf buah fikiran mereka yang dibawa secara musyawarah dan teratur.”

Terdapat lebih 51 syarikat telah bersetuju untuk memberikan diskaun melalui kad KDS1M tersebut yang mana meliputi buku, alat tulis, pakaian, makanan, barangan IT, perkhidmatan kesihatan, termasuk juga percutian.

Sebelum itu, sewaktu merasmikan mesyuarat MPPK Muhyiddin menjelaskan kerajaan serius dalam membantu golongan pelajar termasuk menyediakan peluang kerjaya selepas mereka menamatkan pengajian.

“Di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara dan pelancaran portal Career For You, kerajaan memandang serius saranan pelajar dan pemimpin mahasiswa.”

Malah, Muhyiddin juga berharap agar mahasiswa di negara ini harus bersedia menggalas amanah memelihara keamanan dan kemakmuran yang dimiliki negara hari ini.

“Elakkan daripada menyertai kegiatan yang berada di luar batas undang-undang yang boleh menjejaskan negara dan memudaratkan keselamatan diri semata-mata untuk membolehkan suara anda didengar kerajaan.

“Di Malaysia, ruang jelas terbuka untuk siapa pun bersuara dan kerajaan sentiasa terbuka menerima dan mendengar pendapat rakyat,” tambah Muhyiddin lagi.

SUMBER: themalaysianinsider.com

SOALAN LAZIM

1.    Apakah tujuan KDS1M diwujudkan?
•    KDS1M diwujudkan bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
•    Inisiatif ini dilaksanakan bertitik tolak daripada cadangan yang telah dibentangkan oleh siswa dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 November 2011 yang lalu.
•    Melalui KDS1M, para pelajar akan mendapat diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

2.    Siapakah yang layak mendapat KDS1M?
•    Semua pelajar IPT awam dan swasta yang mengikuti pengajian jangka panjang peringkat sijil, diploma atau ijazah ke atas yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas layak mendapat KDS1M.
•    Terpakai bagi pelajar-pelajar IPT yang diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian / Agensi lain yang berkaitan.
Contoh:
•    KPDNKK - Maktab Koperasi Malaysia (MKM)
•    KPT - Universiti Malaya (UM), Politeknik
•    KSM - Institut Latihan Perindustrian (ILP)
•    KKLW - Kolej Poly Tech MARA (KPTM)
•    KPM - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

3.    Bagaimanakah pelajar boleh mendapatkan KDS1M dan berapakah bayaran yang dikenakan?
•    Pelajar tidak perlu membuat permohonan. KDS1M akan disalurkan secara automatik kepada pelajar melalui pihak pentadbiran IPT masing-masing.
•    Kementerian / Agensi / IPT berkaitan perlu mengemukakan maklumat pelajar yang lengkap kepada Bank Rakyat bagi membolehkan pelajar mendapat KDS1M. (Nama, No. KP, No. Matrik, Jantina, Nama IPT, Peringkat Pengajian, Tempoh Pengajian, Tahun Pengajian Semasa, Tahun Tamat Pengajian, Alamat Rumah, Emel dan No. Telefon Bimbit).
•    KDS1M diberi secara percuma kepada pelajar IPT warganegara Malaysia. Caj RM2.00 akan dikenakan bagi setiap kad yang hilang / gantian.

4.    Bagaimanakah pelajar boleh menggunakan KDS1M?
•    KDS1M merupakan flash card dan bukan kad yang menawarkan mata ganjaran. Pelajar hanya perlu menunjukkan KDS1M dan kad pelajar / kad pengenalan bagi mendapat diskaun di premis-premis perniagaan yang mengambil bahagian.
•    Tempoh sah (validity) KDS1M ialah semasa tempoh pengajian pelajar sahaja.

5.    Apakah syarikat yang menawarkan diskaun, berapakah kadar diskaun dan syarat-syarat yang dikenakan?
•    Maklumat lengkap berkaitan syarikat, kadar diskaun dan syarat diskaun boleh disemak di www.1pengguna.com/kds1m

6.    Apakah faedah yang diperolehi oleh syarikat yang menyertai KDS1M dan bagaimanakah syarikat lain yang berminat boleh menyertai KDS1M?
•    Kerajaan tidak menanggung sebarang perbelanjaan berkaitan penyertaan syarikat dalam inisiatif KDS1M
•    Penyertaan syarikat adalah di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat / Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat masing-masing.
•    Syarikat yang menyertai KDS1M akan dilibatkan dalam program / acara promosi bersesuaian yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDPNKK) dan Bank Rakyat berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.
•    Syarikat yang berminat untuk menyertai KDS1M perlu melengkapkan borang permohonan dan mengembalikannya kepada sekretariat KDS1M bagi tindakan selanjutnya.

SUMBER: 1Pengguna.com

Penggunaan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia akan diberikan kepada semua pelajar IPT seluruh negara yang akan memberikan potongan diskaun sebanyak 5-60% untuk barangan terpilih seperti KFC, A&W, MPH Bookstores, Daily Fresh, Bata, Focus Point dan banyak lagi. Semoga kad diskaun ini akan memberikan manfaat kepada lebih daripada 1.5 juta pelajar IPT di seluruh negara.

SUMBER: UTM

Terdapat 51 syarikat yang bersetuju memberi diskaun melalui KDS1M ini. Berikut adalah senarai kedai-kedai yang mengambil bahagian mengikut kategori.

  • Buku & Alatan Tulis
  1.  MPH Bookstores
  2.  Imlaq Book Centre
  3.  BORDERS
  4.  RONA
  5.  Kiang Trading
  6.  Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
  7.  Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
  8.  Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
  • Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian
  1. Bata
  2. iFamily
  3. Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad 
  4. Texline Lino
  • Klinik / Optometri / Cermin Mata
  1. Poliklinik An-Nisa'
  2. Qualitas Health
  3. Focus Point
  4. Menara Optometry
  • Makanan Dan Minuman
  1. KFC
  2. Daily Fresh
  3. A&W
  4. Coffee Berry
  5. The Chicken Rice Shop
  6. Restoran Kenny Crab
  7. Sweet Chat
  8. Legend's Claypot Bariyani House
  9. Dubu Dubu Seoul Food
  10. My Java Coffee
  11. Pancake House International
  12. Station One Cafe
  13. Gloria Jean's Coffee
  14. Bangi Kopitiam
  • Hotel dan Penginapan
  1. Ancasa Hotels & Resorts
  2. Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
  3. Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
  4. Jerejak Rainforest Resort Penang
  5. Ancasa Express Pudu
  6. Tune Hotel
  7. Leo Express Hotel
  8. Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
  9. Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
  10. Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
  11. Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
  12. Rakyat Travel SDN BHD
  • Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan
  1. Foot Master
  2. Paris Hill
  3. Proactiv
  4. Clara
  5. Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad
  • Produk IT
  1. Koperasi Celcom Berhad
  2. Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad
  • Lain-Lain
  1. BKZ Bikerz (Motosikal)
  2. Roller Star Arena (Kasut Roda)
  3. Double Site (Helmet / Aksesori Motor)
  4. Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
  5. Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
  6. MYDIN
SUMBER: Isamuddin Isa

INFO ringkas: KDS1M
- Dikeluarkan Bank Rakyat
- Diberi percuma.
- Diskaun 5 hingga 60%
- Disertai 51 syarikat
- Secara automatik, tidak perlu pohon.


***********************************************

Lengkap tak? Hehe.. thanks to google kerana memudahkan kerja den.. haih.. Bersyukur sangat apabila mengenangkan diri bakal menjadi seorang pelajar u.. Nampaknya dengan penglibatan Focus Point terpaksa la den buat cermin-mata-yang-membuatkan-mata-ini-nampak-lebih-sepet selepas dapat KDS1M tue..

Err.. tue je la, den dah ketandusan idea nie.. Pesanan ikhlas cik fitri hari ini adalah berjimat cermat amalan mulia..

Take care semua..

Wassalam..

No comments: