Ku Salmi meminta Zetty melaga-lagakan Dhia dan Zikir. Zetty bertindak dengan membawa balik seorang lelaki semasa ketiadaan Zikir. Dhia menegur Zetty. Marah kerana ditegur, Zetty menampar Dhia.
Dhia terjatuh dan terhantuk ke meja lalu pengsan. Zetty jadi panik dan mengadu pada Ku Salmi. Ku Salmi datang KL dan cuba memutarbelitkan cerita dengan mengatakan Dhia memukulkan Zetty.
Geram dengan perbuatan Ku Salmi, Dhia memberitahu yang Esah telah memberitahunya segala-segalanya tentang niat jahat Ku Salmi pada mereka sekeluarga. Zikir terkejut melihat keadaan Dhia. Mulanya Dhia berbohong, tapi kemudian terpaksa menjelaskan perbuatan Zetty yang mabuk dan bawak balik jantan. Pun begitu Dhia minta Zikir tidak memanjangkan perkara itu.
Azmi bekerja sebagai buruh dan melalui zaman kesusahan setelah keluar dari penjaran. Ibu Raffi mula memikirkan tentang nasib Melly yang merindukan anaknya. Midah memujuk Raffi agar memberi peluang pada Melly. Raffi membawa Melissa menemui ibunya, Melly di KL. Mereka setuju berkongsi kasih menyayangi anak mereka, Melisa itu.
Zikir terkejut bila mendapat tahu tentang kematian mak mertuanya, dari Suraya. Ku Salmi pura-pura terkejut. Azmi dan Melly menemani Dhia yang keseorangan di luar rumah sementara menanti ketibaan Zikir dan keluarganya.
Semasa Melly masuk rumah untuk solat, Zikir sampai. Melihat Azmi disitu, Ku Salmi terus saja menuduh mempertikaikan kesucian Dhia, kerana Dhia tidak memberitahu tentang kematian Esah. Dhia naik angin dan bertengkar dengan Zikir. Ku Salmi terus menghasut Zikir. Semasa mereka dalam perjalanan pulang ke KL, Dhia dan Ku Salmi bertengkar lagi. Zikir hilang focus ketika memandu dan mereka kemalangan.
Dhia melawan Zikir, Ku Salmi berbohong lagi. Ku Salmi bagi tau yang dia terpaksa berbohong tentang Zikir kerana Zikir enggan berjumpa Dhia. Kononnya Zikir masih marah dengan Dhia kerana kes Azmi. Sedih dengan keadaan itu, Dhia pulang kerumah. Azmi terkejut bila mendengar Dhia menangis. Azmi terus datang menziarahnya.
Ketika mereka berbual, Ku Salmi pulang. Zetty merakamkan keadaan Dhia dan Azmi yang berduaan dalam rumah itu. Rakaman itu ditunjukkan pada Zikir. Zikir bengang dan enggan pulang ke rumah. Sebaliknya dia menyorok di sebuah aparment.
Suraya cuba nasihatkan Zikir. Memang Zikir rindukan Dhia tapi Ku Salmi terus menghasut Zikir agak membenci Dhia..
credit to Facebook Tentang Dhia
** Nie sinopsis ringkas je.. Episode terakhir Tentang Dhia adalah pada 29 Disember 2011. Kalau boleh den nak tengok lebih banyak drama macam nie.. Err.. Part ilmu hitam tue tak nak la, seram den rasa bila teringat hantu raya Pak Bon yang menyamar jadi dia tue..
Huhu.. Dah nak habis dah.. Den baru je mula minat citer tue. Ye la, sebelum nie takde peluang langsung tengok drama tue kat TV3, my family addicted dengan citer Nada Cinta tue, huhu, bosan la citer tue..
Den tengok pun kat tonton or kat youtube but since last week dapat la juga tengok 30 minit terakhir citer tue..
Last but not least, ada tak lelaki macam Zikir tue? Hehe.. Dia sesuai jadi calon suami idaman tetapi orang takut dengan mak dia, huhu.. Tak sanggup.. **
29/12/2011 ~ Sehidup semati.. indahnya takdir Allah.. Betapa setiap pasangan suami isteri mendambakan situasi tersebut.. Besarnya pengorbanan Dhia.. Walaupun Dhia mengetahui mak Zikir melakukan pelbagai cara untuk memisahkan mereka, Dhia tetap setia kepada Zikir.. Selepas citer Tentang Dhia habis, kat Facebook hampir 90% status mengenai Tentang Dhia.. Tamatlah sudah TENTANG DHIA..
Wassalam..
1 comment:
rasanya last2 ku salmi tu gila...
Post a Comment