Wednesday, June 27, 2012

Ejen Halal : Mee Kuning & Tauhu


Siapa tak suka makan mee kuning dan tauhu? Tauhu, walaupun ada yang kurang berkenan dengan baunya tetapi setelah diolahkan menjadi satu masakan yang sedap, pasti akan tertambat. Kalau kat restoran tue takde mee memang tak lengkap la menunya..

Namun, sejauhmanakah kehalalannya?


Mee Kuning

Mee Kuning dan boric acid pernah menjadi suatu topik yang hangat suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, kedua-duanya masih sukar dipisahkan sehingga hari ini.

Apakah tujuan boric acid dicampurkan ke dalam mee kuning?


Sebagai bahan pengawet.. Mee yang dihasilkan tanpa bahan pengawet sebenarnya hanya bertahan paling lama sekitar 5 hari. 5 hari tue merupakan suatu tempoh yang singkat bagi seorang pengusaha mee kuning. Oleh itu, mereka memerlukan bahan pengawet untuk menjadikannya tahan lebih lama.

Boric acid ada dalam mee kuning je ke?

Tak.. Boric acid turut digunakan untuk mengawet bahan mentah; seperti makanan laut, kulit popia dan hampir semua jenis mee.

Apakah kesan sampingan kehadiran boric acid dalam makanan?

Loya, muntah, cirit-birit, dermatitis, kegagalan buah pinggang, kegagalan akut sistem peredaran darah, dan seterusnya menyebabkan kematian, bergantung kepada paras boric acid yang masuk ke dalam badan individu tersebut. *Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia*

Bagaimana mengesan kehadiran boric acid dalam mee kuning?

Sebenarnya ujian untuk mengesan kehadiran boric acid nie hanya dapat dilakukan di makmal. Kenapa? Jika kita mengujinya dengan menggunakan air kunyit, ada kalanya mee bertukar menjadi merah pekat kerana bertindakbalas dengan alkali daripada air soda yang menjadi salah satu bahan utama pembuatan mee kuning..

Makanan yang mengandungi boric acid diharamkan kerana boleh memudaratkan kesihatan. 

Tauhu

Mengapa tauhu turut dikategorikan sebagai makanan yang tak halal?

Tauhu asalnya halal, tetapi apabila dicampurkan formalin, maka ia menjadi makanan yang memudaratkan kesihatan.

Apakah kegunaan formalin?

Formalin merupakan bahan yang digunakan dalam proses pengawetan mayat dan pembasmi kuman. Dalam pembuatan tauhu, formalin digunakan untuk membuatnya lebih kenyal kerana formalin mudah bertindakbalas dengan protein.

Bagaimana mengesan tauhu yang mengandungi formalin?

Selain lebih kenyal, tauhu yang mengandungi formalin juga mempunyai bentuk yang cantik, lebih tahan lama, dan tidak mudah busuk.

Apa kesan formalin terhadap kesihatan manusia?

Formalin merupakan karsinogen; bahan yang menyebabkan kanser.. Selain itu, formalin juga boleh menyebabkan kerosakan hati, kerosakan buah pinggang, gangguan menstruasi dan banyak lagi..

Ada kalanya apabila melibatkan makanan kita menjadi kurang peka walhal makanan merupakan elemen penting yang sekiranya tidak dijaga, banyak kesan negatifnya.. Mari kita kembali ke zaman persekolahan.. *time sekolah dulu je selalu nampak kotak-kotak macam nie*



** Tadi tengok rancangan Ejen Halal, terus terdetik nak buat entry nie.. Maaf la kalau tak cukup info, semua nie hasil catatan saya dan hasil kajian yang dilakukan bersama encik google je, huhu **

Bagi pengusaha makanan, jangan la gunakan bahan yang berbahaya dalam penghasilan produk kamu. Apa gunanya keuntungan meningkat tetapi membahayakan kesihatan pengguna? Bagi para pengguna, sekiranya anda mengetahui sesuatu produk tersebut mengandungi barangan yang membahaya, segera buat laporan..

Kesimpulannya, berhati-hati ketika memilih makanan. :)

Wassalam..

No comments: