Assalamualaikum.. Kali nie nak citer tentang Mama, Ummi, Ibu, Mak, Mummy, Mom, dan apa sahaja gelaran anda semua terhadap insan yang melahirkan anda.. Sayang ibu tak? Mestilah sayang kan.. Dah banyak pengorbanan ibu untuk kita..
Tak percaya?
Yang pertama, melahirkan anda.. Ingat senang ke nak melahirkan seorang bayi? Dengan izin Allah selepas 9 bulan 9 hari kamu selamat dilahirkan ke dunia.. Sakitnya hanya seorang ibu yang mampu merasakannya.. Dapat kamu bayangkan kesakitan dan darah yang mengalir ketika kamu dilahirkan? Ya Allah, besarnya pengorbanan seorang ibu..
Yang kedua, menjaga kamu.. Walaupun kamu banyak ragamnya, tetapi ibu tetap sabar melayan karenah kamu.. Siang kamu tidur, malam kamu berjaga, ibu pun turut menjaga kamu walhal keesokan harinya ibu kamu ada banyak lagi pekerjaan yang perlu diselesaikannya..
Yang ketiga, menyusukan kamu.. Cabaran utama seorang ibu yang menyusukan anaknya adalah memastikan air susu sentiasa ada.. Pelbagai kaedah tradisional sehingga pengambilan ubat-ubatan moden yang diamalkan oleh ibu kamu untuk tujuan tersebut.. Ibu kamu juga perlu berpantang dan TIDAK BOLEH MENGAMBIL SEBARANG UBAT-UBATAN TANPA KEBENARAN DOKTOR.. Sebab apa? Terdapat sesetengah ubat yang dapat memberi kesan sampingan kepada bayi.. Pengambilan pil kurus dan yang seangkatan dengannya adalah dilarang sama sekali.. So, ur mom kena guna kaedah lain yang mungkin mengambil masa lebih lama untuk mendapatkan semula berat asalnya.. Susah kan? :)
Cukuplah tiga cabaran tersebut, selebihnya kamu mampu lihat dan rasakan sendiri betapa besarnya pengorbanan ibu kamu..
**Saya belum kahwin, belum ada anak, dan hanya menulis melalui pemerhatian saya.. Sekiranya tersilap kata, betulkan saya..**
Semua wanita ingin menjadi seorang ibu sehingga terdapat masyarakat yang mengatakan kemampuan seorang wanita itu terbukti jika dia mampu melahirkan anak.. Urm.. Tak boleh sokong juga.. Yang masih belum mendapat rezeki pasti sedih jika masyarakat disekelilingnya mempunyai pandangan sedemikian.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. :)
Dari pemerhatian saya, perasaan menjadi seorang ibu itu indah tetapi jika anaknya tidak mampu menghargai pengorbanannya, pasti timbul kekesalan dalam diri wanita tersebut.. Mengapa? Sebab ibu akan merasakan dia tak mampu mendidik anaknya walhal dia telah memberikan yang terbaik..
So, JANGAN MELAKUKAN PERKARA YANG MEMBUATKAN IBU ANDA MERASA SEDIH. Hiburkan hatinya. Gembirakan jiwanya.. Buat dirinya bangga mempunyai anak seperti kamu.. :)
** Menangis tengok video tue, terus teringat pengorbanan my mom **
Last but not least, I LOVE YOU, MOM!! :)
Wassalam..
No comments:
Post a Comment