Wednesday, March 16, 2011

Cuti Sekolah = Musim Orang Kahwin = DIET


Nak kurus dalam masa SEMINGGU? Tak payah keluar duit untuk kurus? Hilang 5KG dalam masa seminggu? Makan apa sahaja tetapi berat tak akan bertambah? Tak perlu beli produk pelangsingan? Kurus Tanpa SENAMAN?

Fuhh.. Best giler kalau dapat turun 5kg dalam masa seminggu tanpa berdiet, tanpa senaman, dan yang paling penting, tanpa perlu berulang-alik ke tandas kesan daripada pengambilan pil pelangsingan (kini terdapat juga dalam bentuk shake/jus)..

Persoalannya, ada ke?? Puasa je kot langkah efektif yang dapat membantu menangani masalah di atas..

Ermm.. Plan minggu nie nak keluarkan/bakar lemak dalam badan, tapi komitmen saya sebagai pelajar memusnahkan segala-galanya.. Hw walaupun tak bertimbun sangat, tapi kena buat dengan teliti.. *kertas graf dah nak habis, macam mana nak siapkan 12 soalan Pengajian Am nie??*

Dumbbell yang kehilangan pasangannya tue dah ada kat dalam bilik, skipping rope je saya tak tahu kat mana adik saya sembunyi *tak nak orang lain kurus larr tue!*

Sistem pencernaan dah berada dalam keadaan yang sempurna, cuma kawalan pemakanan tue je sukar dijalankan.. Saya nak mulakan semula 100HTN tapi tiada sokongan dan galakan; my parents lebih gembira tengok saya makan nasi..

See, usaha takde, alasan je lebih, camna nak kurus nie?!

Setiap kali my mom suruh kuruskan badan, mesti alasan nie kluar, "Lepas habis STPM je orang diet", haha.. :D

Kalau anda ada petua camna nak kurus dalam masa yang singkat, boleh kongsikan link blog/website anda, if petua anda tue relevan, boleh juga saya buatkan entry khas untuk anda, hehe.. :)


Ok, tamatkan topic kurus tanpa pelu berdiet dan senaman tue, tukar topic lain pula.. Fesyen baju kurung yang terkini..

* google memang bermasalah ke? or saya sorang je yang click link blog orang tuptup termasuk advertisement web yang ntah2 tue?? *

Apa yek fesyen baju kurung untuk tahun 2011 nie? Dalam masa kurang sebulan je lagi my cousin nak kahwin, nak juga bergaya walaupun badan tak selangsing model antarabangsa tue..

Nak google tapi naik menyampah kena copy link n paste kat new tab..

Haiz..

Ok, rasanya dah panjang lebar saya membebel, cukup la kot keywords yang ada untuk hari nie, so, Entry TAMAT.

No comments: