Wednesday, May 30, 2012

Dugaan Itu Mematangkan Diri


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. 
[al-Ankabut: 2-3]

Ujian itu tandanya Allah sayangkan kita.. Usah dikesalkan perkara lalu.. Adakalanya berkata tanpa mengemukakan contoh kurang berkesan. Baiklah, ini contoh-contohnya..

Kita jatuh cinta pada kaum yang berlainan jantina; ini ujian.. Pilihan ada di tangan kita sama ada melayan perasaan itu dan terjatuh ke dalamnya ataupun memilih untuk men'solehah'kan diri sebelum memperolehi cinta yang halal..

Kita jatuh sakit; ini ujian.. Sudah lama kita terleka dengan kesihatan yang baik sehingga kita terlupa nikmatnya sakit.. Sakit itu penghapus dosa-dosa kecil.. :)

Kita kehilangan wang; ini ujian.. Pilihannya; terus bersedih dan menyalahkan diri sendiri atau redha dan menjadikannya ikhtibar..


Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. 
[Al-Baqarah: 286]

 
Salah satu adegan dalam filem/drama..

L: Abang terpaksa tinggalkan sayang. Abang tak nak jadi anak derhaka. Hujung tahun nie Abang nak dinikahkan dengan seorang gadis pilihan mak dan ayah.
P: Abang jangan la buat macam nie, saya tak boleh hidup tanpa abang!
L: Abang terpaksa.. uhuk2..

Tak boleh hidup??
Astaghfirullah Al-Azim.. Habis tue selama nie; erk, maksud saya sebelum kenal lelaki tue, camne awak hidup? Haiz.. Jangan terlalu bermain dengan kata-kata, buruk padahnya..

Allah tak akan menguji diluar kemampuan kita... Ye, pada awalnya kita merasa amat lemah tetapi setelah mula TERSEDAR dari mimpi yang panjang, dengan izin Allah SWT, kita menjadi kuat..

Usah fikirkan apa yang akan berlaku pada hari esok sahaja, fikirkan masa depan anda.. Mungkin sesuatu itu baik bagi anda tetapi belum tiba masanya untuk memilikinya. Bersabarlah, sesungguhnya janji Allah itu pasti..
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. [An-nur: 26]

See.. Nak suami yang soleh, kenalah jadi yang solehah.. Nak dapat suami yang setia, janganlah cari lelaki yang suka sangat layan perempuan tanpa urusan, erk, cik pun kena jaga pergaulan juga, jangan layan lelaki tanpa urusan..

Erk, nampak gayanya penulisan cik fitri dah berat sebelah nie, lebih kepada topik cinta!

ya ukhti, baca nie baik-baik yek..

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [An-nur: 31]

Wassalam.. :)

No comments: