Haha.. Title yang agak over.. Wokey.. Saya terpaku dengan kecomelan makanan-makanan dalam blog-blog yang google suruh saya tengok.. Saya sebenarnya tengah menggantikan puasa tetapi kecomelan makanan tersebut telah membuatkan saya terpaku.. Sabar fitri, tak lama pun lagi, dah simpan stok kari ayam awal-awal, so jangan risau kalau kari ayam dalam tupperware besar tue habis, ada lagiiiii dalam microwave... hehe.. :)
Selain daripada makanan, saya juga dengan mudah tergoda dengan kecomelan kanak-kanak solehah ini.. Comelnyeeerrr..
Nak seorang comel macam nie boleh tak? :)
Yang nie pun comel! MasyaAllah, indah sungguh ciptaanMU..
Masa cik fitri kecik-kecik dulu pun comel juga, tapi tak berani letak gambar kat blog sebab nanti korang kata saya ambik gambar anak orang cina.. huhu.. Ye, saya anak kandung mak ayah saya tetapi saya mewarisi mata sepet dan lesung pipit ayah saya, kulit yang putih tue pula dari my mom, so apabila digabungkan, saya pun jadi comel.. hehe.. Maaf, maaf.. Tak sengaja.. :)
Sekarang? Mata dah tak berapa sepet sebab faktor umur kot?? Haha.. Tak tau la.. Lesung pipit tetap ada, malah kian bertambah seperti pertambahan berat, huhu.. Ye la, lepas nie saya diet la.. Kulit yang putih? Tak putih lagi, kes menjadi penunggu bas yang setia di bawah pokok selama 3 tahun.. Jarak bastop *sengaja tak eja betul-betul* dengan pokok tue tak la jauh sangat, tetapi oleh kerana ingin bersaing mendapatkan tempat duduk yang best, maka, terkorbanlah kulitku, huhu..
Erk, nampaknya saya dah lari dari topic asal.. Serius fitri, serius...
Tadi nak tulis warkah buat bakal suami yang soleh, tetapi biar saya buat dan save dalam laptop nie je la..
Cerita tentang laptop, syukur alhamdulillah, disaat parents saya keliru nak belikan laptop untuk siapa, kerajaan telah berbesar hati memberikan netbook percuma kepada para pelajar. Dengan adanya netbook tue, kerja-kerja rumah saya siap dalam masa yang singkat..
Kenapa? Mengapa? Sebab saya cuma perlu tekan 'save page as..' pastu buat homework di atas katil.. Huhu.. Statement budak pemalas.. Adik-adik jangan ikut perangai akak yek, buat homework di atas katil cuma membuatkan kamu mengantuk lantas menutup buku dan tido..
Selepas keputusan STPM keluar; syukur alhamdulillah, keputusan setimpal dengan usaha saya, my parents terpikir nak belikan laptop baru memandangkan netbook terlalu kecik dan laptop yang satu-satunya tue la yang ayah bawa pi kursus, adik saya guna untuk buat assignment, dan banyak lagi kegunaannya, maka *jangan guna dalam esei korang yek, 'maka' nie bahasa orang dulu-dulu, tak boleh guna dalam esei zaman ini* rezeki dari Allah SWT, saya memperolehi sebuah laptop..
Dengan keputusan yang tak seberapa tue, saya dapat panggilan dari pihak sekolah yang memaklumkan saya perlu hadir ke satu majlis anugerah kecemerlangan pelajar. Hehe.. Memang ternanti-nanti majlis tue, dah terfikir duit rm200 dalam kepala, dah plan pun nak buat apa..
Saya dan ayah antara orang yang terawal datang, ada la 4-5 orang yang datang awal, tapi dorang memang tinggal berhampiran, wokey, tue tak jadi masalah. Dok kalut mesej kawan-kawan yang lain, seorang cikgu datang dan menuturkan kata-kata berikut, "Fitri, tolong cikgu ambik gambar".
Ambik gambar? Saya dah lama tak pegang camera.. Huhu.. Finally, saya telah berjaya memberikan camera tersebut kepada junior saya, hehe..
Saya nampak banyak raket tenis kat tepi, terfikir juga, 'aik, takkan nak bagi kami raket tenis pula?', pastu ada 3 plastik besarrrr.. Dalam tue ada laptop, pastu terfikir 'nie mesti nak bagi sekolah nie sebab STPM 100% lulus'..
Tiba-tiba cikgu datang lagi. Dalam hati saya dah terfikir macam-macam, takut cikgu kata, "Fitri, nama kamu tak ada la".. Tapi.. Cikgu kata, "Fitri, kamu huhuhuhuhu *takut riak*, kamu dapat laptop". Reaksi saya?? Dah tentu la saya bersyukur, pastu terfikir tentang baju kurung dan tudung yang saya pakai sambil mata melakukan putaran 360 darjah tengok yang lain, saya tak comel la! Hehe..
Masa dapat laptop tue, kalut juga sebenarnya, mana satu tangan nak sambut laptop, nak salam dato' lagi, akhirnya saya pi dengan hati yang redha, yang pasti tangan dato' tue saya perlu gapai dahulu.. On the way pi pentas saya sempat terdengar seorang pakcik berkata "Eh, dia kan yang kerja kat kedai hp di beaufort tue?", saya jalan je, dalam hati berkata, "adoi, nie mesti report kat bos nie, habis la gaji bulan nie, tak banyak, huhu.."..
*oh ya, Dato' tue wanita yek, dats y saya berjabat tangan dengan dia*
Kat pentas tue dekat seminit juga kot, ambik gambar sambil diberi kata-kata semangat oleh Dato', syukur alhamdulillah, gambar saya tak terpilih untuk terpapar dalam fb Dato', dalam newspaper tak tau pula, hehe..
Raket tenis tue sebenarnya untuk pihak sekolah tue sebab students dorang berjaya sampai peringkat negeri, dengar-dengar ada yang jadi wakil negeri..
Apa terjadi dengan pakcik tue? Seperti yang dijangkakan, dia mengungkapkan kata-kata berikut di hadapan bos saya, "Kamu kan yang dapat laptop hari tue?", saya jawab je la, "Ye pakcik", tapi takpe, bos dah tau, kan saya nak ambik cuti tapi bos bagi half day je, haruslah bos tanya saya dapat apa..
Tentang duit RM200? Wokey, saya tak dapat, kawan-kawan saya dapat, tapi bukan RM200, tetapi RM500!! *eh fitri, tak bersyukur lagi ke? Saya bersyukur, tapi kawan-kawan saya telah membuatkan saya jealous, takpe la, dah rezeki masing-masing*
Tentang gaji? Syukur alhamdulillah, tak berkurang malah bertambah.. :)
Motif entry ini terhasil?
Rezeki dari Allah SWT kadang-kadang sukar untuk kita jangkakan. Allah maha mendengar doa hamba-hambaNYA, disaat duit lebih diperlukan untuk menyiapkan rumah kat kampung, tanpa dirancang, tanpa dibayangkan, Allah tak beri duit tambahan dalam slip gaji parents saya, tetapi Allah lebih memudahkan saya untuk memperolehi laptop tanpa perlu ke kedai komputer, dalam majlis anugerah pelajar itu saya memperolehinya..
Tentang keputusan STPM? Sesungguhnya tanpa redha daripadaNYA, saya tak akan dapat keputusan macam tue.. Tahun lalu saya tak berusaha dengan sebaik mungkin, siap masuk bilik bedah lagi, tetapi syukur alhamdulillah, keputusan saya tak mengecewakan..
Sekarang saya perlu bertanya kepada diri saya sendiri, dengan segala yang saya miliki, adakah saya masih tidak bersyukur?
Cinta? Saya mungkin tak secekal wanita-wanita solehah diluar sana, saya akui, saya pernah jatuh cinta, tetapi Allah menjauhkan saya daripada perasaan tue, dulu saya mungkin rasa sedih, tetapi setelah menyedari Allah tidak membiarkan saya terjatuh ke lembah cinta yang tidak halal, tidak membiarkan diri dan hati saya rosak, adakah saya masih tidak bersyukur?
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan segala yang anda miliki saat ini. Buat yang masih terleka melayari bahtera cinta sebelum bernikah, tanya kepada diri anda, Sanggupkah anda mendirikan rumahtangga bukan dengan cara yang diredhai olehNYA?
Yang baik itu datangnya daripada ALLAH SWT, yang buruk dan salah itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment