Thursday, August 9, 2012

Bonus Ohhh Bonus

9 OGOS 2012.. Hari yang dinanti-nantikan oleh pekerja kerajaan, siap buat countdown lagi, hehe.. Bonus kot, mestilah semua orang bersyukur.. Nasib baik setengah bulan gaji, kalau sebulan gaji agaknya lagi panjang list barang yang ingin dibeli..

Den ingat lagi kata-kata guru eko den, "Bagi la banyak mana sekalipun, tetap mengalir semula juga tue.. Berapa ramai yang dapat bonus terus simpan semua dalam bank? Lagi ramai yang dapat je dah bawa anak-anak pi shopping, pi makan kat kedai-kedai mahal.. Kerajaan tak rugi pun.."

Dulu den terfikir, mungkin situasi tue hanya berlaku di bandar-bandar besar, kat pekan kecik tak kot tapi situasinya sama je.. Mungkin kat bandar perbelanjaan lebih terarah kepada pakaian, makanan dan sebagainya, kat pekan-pekan kecik nie pula lebih kepada barangan elektronik dan telefon bimbit..


Percaya atau tak nak percaya terpulanglah kepada diri masing-masing..

Masa rakyat sibuk beratur kat dewan ambik cek rm500 tue, tauke-tauke kedai elektronik dan handphone pun merasa juga duit yang kena stapler tue..

Den siap tolong seorang pakcik bukakan dawai kokot (ada nama lebih glamer tak?) yang melekat kat duit tue lagi.. Hehe.. Dulu pernah keja kat kedai hp, that's why berani cakap macam nie.. Ada seorang lagi pakcik tue kata hp tue dia beli sebagai cenderahati untuk dirinya sendiri.. Tak kurang juga yang 'dipujuk' oleh anak-anak, ye la, hp sekarang nie semakin lama semakin canggih, mereka segan kot nak pakai hp hitam putih tue, huhu..

My parents?

Bonus kali nie lebih tertumpu kepada persiapan rumah dan duit perbelanjaan den time belajar nanti, sobsob, kurang sebulan lagi dah nak tinggalkan rumah, huhu..

Bonus untuk den?

Haha.. Jangan nak mengada-ngada yek cik fitri.. Tiada bonus buatmu.. Dok kat uma je, tak layak dapat bonus..

Kalau 'bonus'?

Erk.. Tiada juga, harap maaf..

Pesanan penaja?


Eh, penaja tue cik fitri kan? Dia taja apa yek? Hehe.. Ye la, tak nak loyar buruk lagi nanti orang tak suka.. Cik Fitri nak ingatkan, jangan nak sepah-sepahkan duit tue.. Nak beli mercun? Ohh, NO NO NO NO NO! DON'T WASTE YOUR MONEY! eh, silap.. DON'T BURN YOUR MONEY! Takde faedahnya mercun tue.. Nanti tak pasal-pasal dari hensem jadi takde rupa, dari cukup 10 jari tinggal tiga, dari panjang tangan jadi takde tangan langsung, dan jangan sampai family awak meratapi pemergian awak..


Panjangnyerrr pesanan..


Eh, ada lagi.. Maaf la kalau macam nampak den syok sendiri kat blog nie.. Erm.. Tadi dah bagi pesanan kepada penerima bonus dan yang bercita-cita nak beli mercun, kali nie nak bagi pesanan kat adik-adik pula.. Mak ayah dapat bonus bukan bermakna duit tue untuk kamu ye, toksah la 'pujuk' parents nak beli itu ini, tunjukkan kemampuan diri kamu, insyaAllah tanpa dipaksa/dipujuk/dirayu parents kamu dengan ringan hati akan belikan sesuatu untuk kamu juga.. Kalau takde bersyukur la juga, lagi banyak benda yang lebih penting, better your parents abaikan permintaan kamu than terpaksa buat kira-kira secara serius sebab gaji bulan september lambat lagi keluar..

Ada lagi?


Ada.. Janji sudah ditepati, kini masa balas budi.. hahaha.. LARIIIIIII.. Erk, toksah nak lari sangatlah.. Semoga semua perbuatan/tindakan kita ikhlas semata-mata kerana TANGGUNGJAWAB kita sebagai hamba ALLAH SWT..

**Kadang-kadang terfikir juga, 'den dah buat macam-macam kat dia, takkan dia tak nak balas budi den?'.. ASTAGHFIRULLAHALAZIM.. Hilang nilai keikhlasan.. Mohon dijauhkan dari perasaan tue.. Moga ditingkatkan keikhlasan dalam diri.. Hanya Allah mengetahui sejauhmana keikhlasan diri kita..**

Kalau ada tersilap kata, terlantang suara, terkeras menegur, maaf.. Den hanya insan biasa yang cuba meluahkan isi hati melalui penulisan.. Kalau terasa juga, hanya keampunan yang diminta..


**Sekarang nie dah macam-macam kes orang bawa kat mahkamah, dari sekecil-kecil kes sehinggalah kes yang besar.. Adakalanya kes tue boleh diselesaikan di luar mahkamah, tapi, manusia, sukar diduga pendirian mereka.. Umur bukan makin berkurang, makin bertambah.. Pabila saatnya tiba, tiada yang mampu kita bawa selain amal ibadah, doa anak-anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat.. Bersama-samalah kita menyiapkan diri sebelum ajal tiba..**

Wassalam..

No comments: