Monday, August 13, 2012

Rohingya - The Forgotten People




Sejarah Etnik Rohingya

Orang Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (yang dahulunya dikenali sebagai Arakan).

Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sedikit.

Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.

Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaan U Nu dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Islam Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.

PENDERITAAN KAUM MUSLIMIN DI ROHINGYA-ARAKAN, MYANMAR


Semenjak Burma menyerang Arakan pada 1784M, penduduk Muslim Arakan telah dijadikan sasaran untuk dihapuskan dan dibunuh secara besar-besaran (genocide). Motif mereka adalah untuk menukar Arakan menjadi satu wilayah Buddha yang berpengaruh di Burma. Menyusul pemisahan Burma dari India-British dan pengenalan Peraturan Rumah (Home Rule) 1937, peluang mereka untuk menghapuskan umat Islam terbuka luas.

Bagaimanapun, setelah junta tentera mula berkuasa pada 1962, senario politik di Burma berubah dengan drastik. Dengan kuasa dan kekuatan ketenteraan yang ada, penindasan besar-besaran ke atas kaum Muslimin terus meningkat berlipat kali ganda. Selama hampir empat dekad sahaja, lebih kurang 1.5 juta Muslim Rohingya dipaksa keluar dari tanah air mereka , sementara yang masih tinggal, hanya menghitung hari dengan penuh ketakutan dan penderitaan.

Pada tahun 1942, terjadi kekosongan pemerintahan saat pihak British keluar dari Arakan. Penduduk Burma mengambil kesempatan ini untuk memprovokasi penganut Buddha di Arakan. Akibatnya terjadilah kerusuhan besar yang menyebabkan 100,000 kaum Muslimin dibunuh dan ratusan ribu lagi telah melarikan diri ke Bengal Timur.

Pada tahun 1949, sekali lagi terjadi rusuhan yang dicetuskan oleh Burma Territorial Forces (BTF) yang melakukan keganasan dan pembunuhan ke atas ribuan Muslim dan ratusan tempat kediaman mereka dimusnahkan.Lebih kejam, melalui ‘Rencana 20-tahun Pembasmian Rohingya’ (the 20-year Rohingya Extermination Plan), Majelis Negeri Arakan (Arakan State Council) di bawah kontrol langsung Majlis Negara Burma (State Council of Burma) telah melancarkan ‘kod operasi’ yang dinamakan ‘Naga Min’ (King Dragon Operation).

Ini merupakan operasi terbesar, terkejam dan mungkin yang terbaik pernah didokumentasikan pada tahun 1978. Operasi ini dimulai pada 6 Februari 1978 di sebuah perkampungan Muslim terbesar, Sakkipara di Akyab, yang telah menghantar satu gelombang kejutan ke seluruh kawasan dalam masa yang singkat.

Sejarah Penindasan Etnik Rohingya


Bermula dengan pembunuhan 10 orang Muslim yang dibunuh di atas bas selepas pulang dari majlis tabligh, Rakhine dengan kerjasama pihak polis dan tentera telah menyerang penduduk Islam Arakan dan memusnahkan penempatan Muslim Rohingya.

Misi anti-Islam yang dilakukan ini sebenarnya telah lama berlaku, namun ia menjadi hangat pada baru-baru ini apabila puak pelampau Buddha ini semakin keterlaluan.

Etnik Rakhine mendakwa Rohingya adalah puak 'teroris penjajah' dan mereka sekali-kali tidak mahu golongan Rohingya berada di tanah mereka, dengan sebab itu mereka mengambil jalan dengan membunuh dan membakar rumah-rumah penduduk Islam Arakan.

Umat Islam daripada etnik Rohingya ini semakin terseksa apabila rumah, tanah dan ternakan mereka juga dirampas, masjid-masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, penangkapan dan penyeksaan tanpa bicara, pemerkosaan wanita-wanita muslimah dan pemaksaan keluar Islam serta dipaksa menganut Buddha.

Umat Islam di Myanmar yang direkodkan hanyalah sebanyak 5 peratus daripada 53 juta penduduk Myanmar.

Pada hakikatnya, krisis Rohingya ini berlaku sejak 1982 apabila kerajaan Myanmar ketika itu menafikan hak status kependudukan etnik Rohingya sebagai warga negara itu. Bahkan di Myanmar, siri-siri adegan perbalahan dan pergolakan etnik telah banyak berlaku sehinggalah termeterainya perjanjian gencatan senjata.

Sehingga hari ini, sejumlah lebih 1,000,000 rakyat Rohingya hidup dalam pelarian kenegara-negara sekitar termasuk Malaysia. Sejumlah lebih 10,000 pelarian Rohingya di bangladesh hidup dalam kedaifhan yang teramat kerana kerajaan Bangladesh tidak mempunyai peruntukan dan kemudahan khusus untuk mereka.

Mereka diibaratkan seperti pendatang di tanah sendiri, hak-hak tanah mereka di rampas, masjid-masjid dan rumah-rumah di bakar, anak-anak dan wanita di bunuh dengan kejam oleh Rakhine Buddhist. Kebanyakan Rohingya adalah beragama islam, jadi sedikit sebanyak isu mengenai berlainan agama juga memainkan peranan dalam penindasan terhadap mereka.

PERANAN PENTING THAN SHWE PERDANA MENTERI @ KETUA JUNTA TENTERA MYANMAR (DALAM ISU ROHINGYA)


Tahun 1999 saja, dilaporkan tidak kurang dari 20 operasi besar telah dilancarkan terhadap Muslim Rohingya oleh pemerintah junta. Laporan juga menyebutkan antara tahun 1992 hingga 1995, lebih dari 1,500 Muslim (kebanyakannya pemuda) telah dibunuh, ribuan lagi telah ditangkap dan disiksa.

Muslimah pula senantiasa menjadi korban pemerkosaan dan hidup dalam ketakutan. Masjid-masjid yang telah sekian lama ada dirobohkan dan diganti dengan pagoda-pagoda baru penganut Buddha. Yang lebih menyedihkan, semua pagoda itu dibangun dengan peluh dan keringat kaum Muslimin yang dipaksa bekerja keras dan disiksa untuk menyiapkannya.

Dalam waktu yang sama , pemerintah ‘mencipta’ satu keadaan kelaparan di kawasan tersebut yang memaksa Muslim Rohingya keluar dari situ dan ada yang mati kelaparan.Dalam tahun 2001, kerusuhan terjadi lagi di Arakan di mana ratusan masjid dirobohkan dan 10 Muslim serta 2 orang penganut Buddha dilaporkan terbunuh.

Rusuhan ini meletus antara lain kerana pemusnahan patung Buddha yang dijumpai di Lembah Bamiyan, Afghanistan oleh Taliban dan juga kerana tersebarnya seleberan yang memfitnah kaum Muslimin yang dilakukan oleh penganut Buddha dan anggota-anggota ‘State Peace and Development Council (SPDC)’ pimpinan Than Shwe (Ketua Tertinggi Junta)

MEMBUTA-HURUFKAN RAKYAT ROHINGYA-ARAKAN


Pihak junta telah menyebarkan propaganda jahat dan segala informasi yang salah untuk memberikan citra buruk kaum Muslimin untuk mendapatkan dukungan penganut Budha. Sejak diluluskan ‘Burma Citizenship Law’ ini juga, anak-anak kaum Muslimin Rohingya tidak mempunyai hak belajar di luar dari Arakan (perlu dijelaskan di sini bahawa semua institusi pendidikan profesional adalah terletak di luar Arakan).

Jadi, pelajar Muslim dari Arakan langsung tidak berpeluang melanjutkan pendidikan mereka. Undang-undang zalim ini telah menyebabkan bukan saja mereka tidak dapat melanjutkan pendidikan, malah ada yang langsung tidak dapat bersekolah (kerana tekanan ekonomi, penangkapan, penyeksaan dan lain-lain lagi).

Hal ini menyebabkan sebahagian mereka buta huruf.... Ya Allah kasihanilah mereka..Teruskan berdoa kepada Allah swt...


Menteri Luar Turki Ahmet Davutoglu bertanya khabar kanak-kanak Rohingya yang sudah kehilangan ibu bapa mereka. Ibu bapa kanak-kanak Rohingya telah dibunuh oleh Junta Tentera Myanmar yang diperintah oleh Presiden Thein Sein dll... Insyallah abnaul saurah Burma ini akan meneruskan kesinambungan perjuangan ibu-bapa mereka yang telah terkorban dlm medan jihad di Rohingya... Syahid fisabilillah biiznillah insyaallah...teruskan berdoa kpd Allah swt...

Credit to Rakyat Malaysia Bersama Muslim Rohingya


KENYATAAN PERDANA MENTERI BANGLADESH AMAT DIKESALI

Kenyataan Media MAPIM Dan SHURA / 1 hb Ogos 2012

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) kesal dengan kenyataan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina , yang tidak mahu membantu pelarian Rohingya dari Arakan yang sedang ditindas dengan zalim oleh regim Myanmar.

Kenyataan beliau yang mengatakan Bangladesh tidak bertanggungjawab untuk membantu pelarian itu adalah kenyataan yang tidak layak kelaur dari seorang pemimpin Islam dari sebuah negara umat Islam.

Sementara kita tidak menafikan bahawa Bangladesh memang sebuah negara yang miskin , itu tidak bermakna keadaan yang genting seperti yang dihadapi oleh etnik Rohingya untuk menyelamatkan nyawa tidak boleh dibantu , padahal mereka yang sedang dizalimi adalah saudara seagama .
Lebih parah lagi Bangladesh pula tidak mahu bekerjasama untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian di sempadan yang terdiri daripada kanak-kanak , wanita, orang tua dan orang yang cedera.

Pendirian yang diambil oleh beliau dalam isu yang sudah mendapat perhatian dunia sewajarnya dikutuk kerana tindakannya sama dengan bekas Presiden Mesir Husni Mubarak yang menutup sempadan Rafah yang telah menyekat sabarang bantuan untuk dihantar ke Gaza.

Kini keadaan pelarian yang terputus bekalan makanan bakal menghadapi kebuluran jika bantuan tidak segera dihantar . Laporan yang diterima keganasan ke atas Rohingya Muslim maseh berterusan oleh operasi tentera Myanmar dan esktremis Rakhine yang telah membunuh ribuan etnik Rohingya.
Nyawa kanak-kanak dan kaum wanita berada dalam keadaan yang sangat genting kerana pembunuhan tidak mengira umur sedang berlakukan secara sangat ganas dan brutal.

Bangladesh bertanggungjawab ke atas kematian begitu ramai orang Rohingya kerana menutup sempadan dalam keadaan dharurat yang sepatutnya difahami oleh Perdana Menteri Bangladesh.
Kami menegaskan bahawa seluruh pemimpin Islam dalam OIC dan gerakan Islam perlu segera bertindak untuk membela nasib umat Islam Rohingya yang sedang ditindas .

Tekanan kepada Myanmar dan Bangladesh hendaklah dilakukan semada menerusi saluran diplomasi mahupun saluran ketenteraan..

Usaha untuk masuk ke Arakan bagi mengekang pembunuhan etnik Rohingya yang maseh berterusan serta menghantar bantuan kemanusiaan perlu dilaksanakan tanpa lengah-lengah lagi.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM
Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Credit to Landskap Siasah

No comments: