Thursday, December 13, 2012

Hipotesis Diterima


Done with kajian yang tak seberapa tetapi hasilnya memuaskan.. Sah, bukan lagi.. Erk, dah mula dah sesi kias-mengias dia tue.. Urm.. Sampai bila mengejar yang tak pasti? Tak perlu tercari-cari, ia akan datang dengan sendiri, mohon bersabar wahai hati..

Telah kucuba, tetapi bukan waktunya, sila percaya, luaran berbeza, isi hati tetap sama..



Orang kata jangan menilai daripada luarannya, den pun tak reti nak menilai seseorang, bahkan takde hak langsung untuk menilai.. Fine..

Ok, dah faham.. Waktu dekat exam nie cik fitri memang suka merepek kat blog tanpa sebarang motif.. Mohon bersabar wahai saudaraku..

Beberapa kajian perlu dijalankan dalam masa terdekat; salah satunya bahana cinta sebelum nikah.. Jujur, melihat dirinya seperti melihat diri den sebelum tersedar dari mimpi yang panjang, tetapi den sedar ia bukan perkara yang patut dibanggakan, tetapi amat memalukan!

Kalau tak ambil tindakan sekarang, nescaya membawa padah dikemudian hari.. Nak 'fix' orang, kena 'fix' diri sendiri dahulu.. Camne nak betulkan yang salah kalau diri sendiri pun masih terleka?

Dosa itu sering kali wujud dalam bentuk 'kebahagiaan' yang palsu; bahagia pada luarannya, sengsara pada dasarnya..

Tak hairanlah hati menjadi lalai tatkala dibuai mimpi-mimpi palsu..



Kesimpulannya, bagaimana mengharapkan bayang yang lurus andai kayunya bengkok?

Renung-renungkan dan selamat beramal..

Wassalam..

No comments: