Saturday, February 16, 2013

Puisi yang tak berapa nak puitis sangat.. :p


Senyuman itu,
Satu dalam berjuta ribu,
Walau jarak beribu batu,
Tak pernah hilang dari mataku,
Tak pernah padam sayangku di kalbu,
Itulah dia senyuman seorang ibu..

Penat lelahnya,
Takkan pernah kulupakan,
Takkan pernah kubiarkan,
Walau bibir bisu berkata-kata,
Ketahuilah aku merinduimu abah..

Ketika kita kecil dahulu,
Sama-sama menyinsing baju,
Bukan kerana ingin berkebun,
Tetapi lasak bergusti lengan,
Oh adikku, *bluek*
Akakmu ini satu dalam seribu, *amboi, puji diri sendiri nampak*
Hargailah sebelum dirinya menjadi kaku..
Bakal imamku,
Tipulah kalau diri ini tidak tercari-cari dirimu,
Kini diriku sibuk menimba ilmu,
Bila tiba masanya mungkin diriku akan terkedu,
Syukur alhamdulillah engkau bukan lagi imaginasiku..
                                 -NFD@FitriFie-

Berjuta ribu?? Haha.. Setahu den, seribu juta ada la, berjuta ribu tue den rasa diterbalikkan untuk menjadikan puisi seiring sekata.. eden dah kata, nie puisi yang sangat tak puitis.. Part bakal imam tue buat den segan giler, terus teringat video dari seorang ustaz.. Ok, nie videonya..





Video nie untuk lelaki yang sibuk mencari suri di hati tapi boleh di'vice versa'kan juga.. Erk, terasa la pula.. Eh, terasa dengan part berangan-angan tue je yek.. Yang lain tue kalau buat juga memang kucar-kacir la rumahtangga den nanti.. Takpe, akan kubuktikan usaha dan doa melebihi angan-angan yang bersifat percuma itu..

Akhir kata dari insan yang lemah disisiNYA ini, yang baik itu datang dariNYA, yang buruk, jahat, dan sangat menjengkelkan tue datang dari diri saya yang sangat mengharapkan doa kalian agar saya mampu menjadi insan yang berguna kepadaNYA..



Wassalam..

No comments: