Tuesday, April 2, 2013

Tanda Seru Tanda Tanya Titik Noktah


Ada sesuatu bermain di fikiranku,
Dari pelbagai sudut kita kaku,
Adakah kau juga fikir begitu?!
Tanda seru penegas hujahku.

Luaran kita tampak setia,
Dalaman kita berdrama,
Ceritera berlangsung sampai bila?
Tanda tanya berlegar di jiwa.

Sesekali perlu beralah,
Bukan bermakna engkau kalah,
Rendahkan ego kurangkan amarah,
Titik noktah pengakhiran sebuah madah.
-NFD@FitriFie-

Wassalam..

No comments: