Friday, March 21, 2014

Tsunami Rasa


Di malam sunyi sepi,
Tersirat makna yang perlu diteliti,
Tatkala hujan turun membasahi bumi,
Manusia tidak sedar ianya petanda daripada Ilahi,
Bahawa malapetaka akan melanda sesaat lagi.

Namun,
Pernahkah manusia terfikir,
Disaat yang getir,
Ada hikmah yang terukir,
Disebalik airmata yang mengalir,
Ada insan yang cuba mengusir,
Noda hitam sebanyak pasir?

-NFD@FitriFie-

No comments: