Friday, August 8, 2014

Monolog Semalam


Sejauh mana kau berlari, kau akan menemui sesuatu yang meminta kau untuk kembali, dan saat itu kau katakan, "aku ingin terus mencari, sesuatu yang aku pun tidak pasti, akan tiba saatnya aku akan berhenti iaitu pabila aku tidak bernyawa lagi."

Aku tergelak. 

"Alasan kuno seperti itu yang kau berikan padaku? Cukup kawan, usah bertemankan angan-angan. Buka matamu seluasnya, labuhkan kakimu di atas bumi yang nyata. Semuanya hanyalah sementara, yang hanya kau rasa di sana, ya, di alam fantasi ciptaan manusia. Ketuk hati sampai kau menangisi nasibmu sendiri, bukan bermakna kau mengalah, tetapi bukti kau akan terus melangkah gagah. Tinggalkan ilusi itu wahai kawan. Tinggalkan."

No comments: