Zaman kanak-kanak i dulu takde Ben10 dan cartoons yang seangkatan dengannya, i cuma ada KELUANG MAN! Eh, siapa yang tak tengok citer keluang man dulu memang rugi, best giler citer animasi tue.. Ye, memang la animasi tue tak kemas sangat, bangunan nampak sangat rendah berbanding hero citer nie, tetapi den suka lagu citer tue.. Jom kita sama2 menyanyi yek? Hehe..
dia bagai seorang pahlawan
menjadi pembela
pada yg tiada upaya
dengan ketangkasan
langkah pergerakannya
menewaskan musuh
yang membuat angkara
dialah satria
biar pun dimana jua
dia datang dikala malam tiba
melakukan tugas mulia
didesa juga dikota
dia akan memberikan bantunya
demi hidup aman sejahtera
keluang man (3x)
Seorang pemuda yang tinggal di Hospital Bahagia Tumpoi sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man. Pembantunya Tiungman sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yang diketuai oleh Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian manakala Khaty Ismail, seorang wartawan akhbar Metropolitan Tumpoi sering pula cuba menjejaki supehiro misteri ini. Kadangkala gelagatnya seolah-olah sudah jatuh cinta dengan hero sebutan ramai ini.
Borhan
Disebalik topeng Keluang Man adalah adalah seorang pesakit di sebuah hospital gila, Burhan. Dia merupakan seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital gila. Keluang Man adalah berdasarkan watak Batman. Keluang ialah sejenis kelawar besar.Samad / Tiongman
Samad, rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tumpoi, sebelah malamnya menjadi Tiongman adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man. Dia mempunyai seorang kekasih bernama Aishah tetapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah kerana orang ramai mengatakan bahawa dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tumpoi. Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad merupakan seorang mekanik yang berjaya, namun kejadian letupan yang tak disengajakan berlaku di bengkelnya menyebabkannya hilang ingatan dan perlu dipulihkan. Watak Tiongman adalah berdasarkan watak pembantu Batman, Robin.Dialog popularnya ialah: "Abang dah gila, Ecah! Abang dah gila!!" kata-kata Tiongman apabila Aishah masih lagi mahu berjumpa dengannya di Hospital Bahagia manakala babak yang paling menarik bagi watak Aishah adalah tika dimana Tiongman secara tidak sengaja terlucut sarung tangan ketika cuba menyelamatkan Aishah, hingga menampakkan cincin yang pernah dihadiahkannya kepada Samad, dan tanpa pengetahuan Tiongman, sebenarnya Aishah sudah mengetahui identitinya.
Komik Keluang Man telah diterbitkan yang turut berdasarkan watak animasi Keluang Man yang muncul dikaca televisyen tempatan (RTM) dalam tahun 1998-2003. Pada tahun 2008, ia diulangtayang di TV9 Malaysia.
Credit to Wikipedia
usop sontorian pun best juga! ouh, i tak dapat tido sebab tengok video keluang man n usop sentorian kat youtube, hohoho..
Eh, i dah mengantuk lah.. Entry Tamat. :)
2 comments:
kluangman kalo dapat di-live-action-kan, mesti menarikkn?mcm spiderman batman
yup! setuju ngan pendapat awk.. kena tunggu la kru yang buat, baru gempak.. nak tengok juga berapa ramai budak2 zaman sekarang yang minat dgn citer nie.. :)
Post a Comment