Friday, June 29, 2012

Bukan Masanya Untuk Berteka-teki


Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna lagi kan? My bff bagi cadangan block mana-mana acct fb yang mendekatkan diri saya dengan kenangan silam tetapi perlu ke saya buat semua tue? Kemungkinan saya akan terganggu melihat mereka amat besar tetapi cukup-cukuplah dengan activity mem'block' orang nie, saya rasa bersalah sangat-sangat..

Hari nie birthday someone.. Dulu-dulu saya tak reti main block, remove je, huhu.. Rasa bersalah sebab masing-masing dah bermaafan tapi masa tue jiwa muda la katakan, bertindak tak mengikut kewarasan akal.. Urm.. Tue kisah lalu, usah dibangkitkan semula..

Ye, dia takkan tersesat kat blog saya tapi kawan-kawan dia kawan-kawan saya juga, so, kalau ada yang tahu, sampaikan pesan saya untuk dia..



"Dalam hidup ini bukan semestinya semua indah sahaja, bukan juga semuanya pahit, tetapi kita tak boleh terus pandang ke belakang. Siapa kata awak lemah? Awak hebat dalam sesuatu.. Eh, bukan 'sesuatu' kot, tapi dalam banyak perkara..

Kita tak akan mungkin dapat memuaskan hati semua pihak, ye, kita tak akan dapat buat semua perkara, tetapi ingat, tak dapat buat semua tak bermakna kita tak buat apa-apa..

Awak pernah mengajar saya erti kejujuran..

Jangan la kata awak masih marah kat saya lagi, penat tau orang nak pujuk awak.. Saya tak nak hilang kawan sebaik awak.. Maaf, dulu kita kan masih muda remaja lagi, perselisihan faham tue ibarat kat celah kuku je *ehh, tue ayat awak la!*..

Selamat hari tua ye.."

Ada lagi tak yang celebrate birthday hari nie? Happy Birthday uols.. Cik Fitri takde sediakan hadiah untuk kamu, dia tengah bercelaru sekarang, tengah fikir nak keja part time apa masa sambung study kat u nanti..

puan isya: Buat apa nak kerja part time?
cik fitri: Den mengidam nak beli iPhone4s n dslr camera la..
puan isya: Nasib baik i tak mengidam semua tue, kalau tak jenuh husband i kerja siang malam cari duit untuk untuk i..
cik fitri: hehe.. yang tue bukan mengidam ye tapi mengada-ngada!
puan isya: huhu.. sabar je la..

Fuhh.. Best ada kawan yang dah kahwin nie.. Motif?? Boleh pinjam baby dorang.. Bau baby kan wangi, hehe..

Cik Fitri cuba keluar dari kepompong tapi masih tersekat.. takpe, takpe, nanti kepompong tue saya jadikan kain sutera yek.. *tue dia, dah start merepek!*

Hari nie ada lagi seorang teman seperjuangan saya bertukar status.. Semoga pernikahan mereka membawa berkat.. :)

Cik Fitri bila nak tukar status?


Tengah tunggu bakal imam ada keberanian nak jumpa my parents.. Hehe.. Hakikatnya dia tak tahu pun siapa bakal imam dia.. :)



Wassalam..

No comments: