Thursday, June 28, 2012

Fikir



Dalam kesempitan akal, terdapat beberapa tindakan yang tidak diambil secara rasional.. Hati mula menyalahkan diri disaat menyedari kekhilafan dikala melewati saat-saat yang menuntut seorang remaja yang bakal menjadi dewasa membina kekuatan dirinya.. 

Kata-kata mereka adakalanya seperti angin sahaja, ingin 'dinikmati' tetapi takut 'sejuknya' mencengkam diri, ingin diendahkan, takut 'membunuh' diri..

Ini bukan cerita saya, bukan juga cerita kamu, bukan cerita mereka tetapi saya cuba membawa anda berfikir secara mendalam..

"Ahhh.. Apa gunanya?"

Pernahkah kamu terfikir sesuatu persoalan dan menjawabnya sendiri?

Yes, u did it!

Adakalanya memilih berbincang dengan orang yang salah (yang diketahui hidupnya tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam) tidak mendekatkan diri kamu dengan penyelesaian..

Pilihlah orang yang tepat.. Jika tidak berjumpa atau tidak berpeluang, izinkan hati bermonolog. Kita dikurniakan akal oleh Allah SWT. Jika terasa seperti ingin melakukan yang salah, fikir baik-baik..

'Perlukah aku balas mesej dia?'
     'Perlu, nanti dia fikir aku dah tak nak kat dia, melepaslah aku!'
   'Jangan, kalau dia ikhlas, niatnya melamarku kerana Allah, pasti ini bukan caranya'

See, pada awalnya sang Iblis membisikkan kata-kata yang penuh dengan harapan, tetapi, syukur alhamdulillah, kecerahan hati itu masih milik kita, akhirnya sesuatu yang rasional menjelma di kotak fikiran..

Adakalanya saya musykil.. Saya hairan mengapa kesilapan terus dilakukan walaupun sudah terang lagi bersuluh Allah tidak menghalalkan perbuatan tersebut..

Saya bukan orang yang terlalu sempurna, tak lari daripada melakukan kesilapan, tetapi saya takut.. Takut kalau kita masih lalai walaupun kita pernah disedarkan..

Awak.. Awak mungkin kata saya cemburu atau sakit hati kat awak.. Tak awak.. Saya sayangkan awak, saya tak nak awak terluka kelak.. Saya tak nak awak terus terdampar di atas jalanan yang salah.. Please awak, jadikan kesilapan lalu sebagai pengajaran hidup.. Kita jumpa di syurga ye awak.. InsyaAllah.. :)

Wassalam..

4 comments:

Nur said...

Mmg ssh fie..akak faham.kuatkan diri ye.Akk cuma tkt dia dtg ktika sunyi mencari fie.Cuma merasa hilang bila tiada..Tetapi ape pun fikir yg terbek ye dik =)

fie92 said...

InsyaAllah kak.. awalnya memang susah tapi kalau saya tak cuba menghadapinya secara lebih matang takkan berakhir kn kak? selama nie saya rasa saya lebih suka pendam je.. :(

Nur said...

Betul..mmg ssh masa awal2.satu hari sakit tu akn perlahan-lahan hilang..jgn risau ye.Yang penting sntiasa dekatkan dri dgn Allah dan mtk pada Dia..sb laki ni kt tak jangka fie.ada kwn akk lg sdih,bila laki tu snyap2 tunang dgn org ln.dan sampai da bertunang pun stil cntct kwn akk nk ty khabar lah.kol lah.sdangkan dia da bertunang masa tu.jd kita takkan tahu ape yg tersirat di hati dia bila cntact dgn kita balik.

fie92 said...

fuhh.. takutnye.. syukur alhamdulillah ujian sy tak sehebat itu.. saya harap kawan akak sudah mampu melupakan kesedihan tersebut..