Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya terkunci kerna slalu terluka.. Ku ingin menjadi penutupnya. Ku tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi. Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi..
Untuk lirik seterusnya, sila gunakan khidmat google ye sayang-sayang sekalian.. Terkesima seketika tatkala mendengar lagu Tengku Adil tue.. Bukan sebab suara machonya, tetapi kerana lirik di atas..
Tue dia, pasal lirik pun cik Fitri boleh buat entry.. Haiz.. I'm strong enough, don't worry..
Strong pun pasal tak nampak apa yang tak patut dinampak.. Mysterious sungguh ayat Cik Fitri kan? Tak la.. Cik Fitri nie boleh tahan juga kalau bab google meng'google' nie, tapi dia belum pernah lagi google no hp orang..
Erm..
3 days ago ada orang mesej no digi saya.. Tak buka sebab dah tamat tempoh, masih ada 20 hari lagi kot sebelum dihapuskan, haiz, jangan la encik DiGi, credit saya masih banyak tue..
Oh ya, tentang mesej tue.. No maxis.. Memang takde dalam senarai la kan sebab tak keluar nama.. Saya mula suspek beberapa teman rapat, ye la, dorang tue boleh tahan juga kalau bab mengenakan orang nie, tetapi macam tersasar pula jangkaan cik fitri..
Saya rasa janggal sebab ada perkataan 'sayang' dalam mesej tue. Siapa pula yang berani panggil saya 'sayang' ? Ye, kawan-kawan saya memang gedik, ada yang panggil sayang, tapi perempuan la, so saya tak hairan. Lesbian tak wujud dalam kamus hidup kami ye..
Saya rasa dia salah no kot.. Tapi.. Salah saya juga, mengada-ngada mesej balik no tue, tanya siapa dia. Bukan apa, kalau my bff yang kenakan saya dapat la saya marah dorang. Erm.. Kalau salah no mesti dia minta maaf tetapi yang lebih membuatkan saya malas nak layan, jawapan dia amat pendek, ringkas, dan menusuk kalbu..
'Entah'
Fuhh.. Nasihat saya, jangan hantar mesej sembarangan kat sesiapa pun.. Nak kenakan orang pun tak baik yek..
Apsal pasal mesej pun cik fitri jadikan isu? Dah ketandusan idea ke?
Haiyo.. Jangan fikir bukan-bukan.. Cik Fitri memang takde idea malam nie, tapi rasanya nak post juga, nak buat adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik, dan pakcik-pakcik tarik balik niat sekiranya berkira-kira nak kenakan orang.. Tak baik tau.. Nanti pasal kita yang buat salah, orang lain dapat nama.. Kalau dapat nama atas kebaikan, best la, tapi kalau pasal keburukan yang tak wujud tetapi dicanang-canang pada yang lain, kan kesian orang yang jadi mangsa tue..
Kesimpulannya, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna lagi..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment