Tuesday, June 26, 2012

Ceritera Seorang Blogger


Nak jadi blogger nie bukan satu kerja yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila meletakkan encik nuffnang kat blog, kalau tak ramai pengunjung, toksah berangan la nak dapat duit yang banyak BukanMataDuitan.. Susah juga sebenarnya..

Kalau setakat nak buat luahan perasaan macam saya, tak 'touch up' blog cantik-cantik, blog lambat loading, susah la nak jadi blogger tegar..

Nak glamour senang je, update tentang artis, tapi sanggup ke tanggung azab neraka kelak? Orang kata artis nie milik masyarakat. Betul ke? Habis tue blogger yang famous tue milik masyarakat juga ke?

Tak.. Macam nie.. Dalam menulis kita perlu lebih berhati-hati, kena jaga perasaan orang, jangan buka aib orang..

Kamu nak aib kamu orang lain tahu?

Tak nak kan?

Macam tue juga dengan aib orang lain, jaga baik-baik.. Nak jadikan pengajaran berhati-hatilah menyusun kata, jangan sampai orang tahu siapa dia.. Yang ingin kita sampaikan pengajaran kesilapan dia, bukan siapa diri dia yang sebenarnya..



Kesimpulannya, berhati-hati ketika menulis.. Maaf jikalau tajuk tak berapa sesuai. Akhir kata, yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk/salah itu datangnya daripada kesilapan saya sendiri..

Wassalam..

No comments: