Monday, June 25, 2012

Lepaskan ia Pergi


Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah SWT sedang mendidik kita melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah Allah SWT masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia..

Diri ini seringkali mengingatkan semua orang bahawasanya cinta yang tidak halal itu perlu dijauhi tetapi apabila diuji, diri ini seakan-akan menjadi insan yang lemah. Gagal menempuhi ujian yang terang-terang jawapannya adalah sesuatu yang saya perjuangkan sebelum ini..

Sabar..
Allah mengizinkan kita disakiti agar esok kita tahu cara untuk mengubati orang yang terluka. Allah membuat kita menangis agar esok kita mampu menghiburkan orang yang bersedih. Allah menjadikan kita manusia dengan kelemahan dan kelebihan agar kita sedar bahawa dengan Berdoa; Berusaha Allah akan menjadikan segalanya indah pada waktunya.. :)
Persoalannya, sampai bila aku harus hanyut dibuai oleh perasaan ini?


Dalam kehidupan seharian, kita dibentangkan dengan pelbagai pilihan. Suatu saat dahulu kita pernah tersilap langkah memilih sebuah pilihan yang salah. Apabila telah menyedari diri telah tersalah membuat pilihan, cepat-cepatlah lari daripadanya. Jadikan kegagalan lalu sebagai pengajaran dalam hidup.

Cinta? Entah sampai bila diri ini harus lari dari menulis terus tentangnya..

"Awak, jangan risau tau, suatu hari nanti awak akan jumpa lelaki yang lebih baik dari saya, yang lebih layak untuk awak. Awak akan lupakan saya seperti awak melupakan kisah lalu awak. Jangan sedih, saya tak mahu awak terus hanyut bersama saya.."


Ya Allah, mengapa aku harus menempuhi ujianmu dengan cara sebegini?

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. 
[al-Ankabut: 2-3]

Adakah diri ini belum cukup kuat untuk menempuhi ujianMU?


Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. 
[Al-Baqarah: 286]

Allah sangat menyayangi kita. Jangan pernah melupakan kasih sayang Allah, bangkitlah wahai hati, wahai diri, saat ini mungkin kita tak mampu melawan kata hati, membantah kehendak diri, tetapi pilihan ada di hadapan kita.

Ketika engkau perlu memilih, pilihlah pilihan yang mendekatkan dirimu dengan Allah SWT.

InsyaAllah. Selagi ada masa, selagi ada peluang, selagi masih bernafas, semoga kita memanfaatkan setiap saat masa, setiap bentuk peluang, setiap hembus nafas, untuk Allah.




Kalau ada jodoh takkan kemana.. :)


Wassalam..

No comments: