Sunday, June 24, 2012

Nikmat Sihat


Dalam mengejar kemewahan dunia, adakalanya manusia menjadi alpa terhadap segala nikmat yang Allah SWT beri padanya. Disaat Allah menarik kembali nikmat tersebut, Allah mahu menyedarkan kita daripada kealpaan yang menyelubungi diri.. Beringat sebelum terlambat. Bersyukurlah kamu dengan segala nikmat kurniaan Allah SWT.

Nikmat sihat seringkali dilupakan sebilangan manusia. Mereka meneruskan kehidupan mereka tanpa mensyukuri nikmat Allah itu. Apabila Allah menguji dengan rasa sakit, syukur alhamdulillah, ramai yang mula tersedar..

Namun, terdapat segelintir manusia menjadikannya sebagai alasan untuk memperolehi sesuatu. Contohnya, duit insurans.. Lebih malang lagi ada yang cetek pemikirannya sanggup mencuba bunuh diri kerana ditinggalkan kekasih.. Awak, Allah masih beri kamu peluang untuk hidup pun dah baik dah, kenapa jadikan semua tue sebagai alasan untuk mendapatkan semula bekas kekasih awak tue? Yakin dengan janji Allah, suatu hari nanti awak akan bertemu jodoh juga, jikalau di dunia tiada, sabar, di akhirat kelak akan beroleh jodoh yang kekal selamanya. Maaf, kata-kata ini bukan ditujukan untuk orang tertentu, hanya terlintas difikiran saya.



Dahulu saya pernah berkata, 'Ah, mustahil aku akan terkena appendix'. Tetapi Allah itu maha berkuasa, tak lama selepas itu saya benar-benar terkena appendix.. Lebih menakutkan saya kena dua bulan sebelum menduduki peperiksaan STPM.

Waktu tue apa yang terlintas dalam fikiran saya cuma 'Ya Allah, sembuhkanlah sakitku ini. Sesungguhnya hamba alpa disaat leka melayari nikmat sihat'.

Saya imbas balik satu per satu perbuatan saya. Saya kaji ibadah saya padaNYA, ya Allah, masih kelihatan lompong di sana sini. Saya lihat diari pemakanan saya, terjaga rapi. Saya lihat aktiviti seharian saya, erm, rasanya tak pernah saya terlompat-lompat selepas makan, tak pernah juga dengan sengaja menelan biji cili atau buah jambu batu. Kenapa saya boleh terkena appendix?

'Seperti yang Dctr A bagitahu puan sebelum ini, ye, appendix anak puan terkena jangkitan kuman. Tetapi jangan risau, saya tengok anak puan pun dah beransur sihat'

Tue dia.. Kata-kata Dctr B masih melekat dalam kotak fikiran saya. Jangkitan kuman?? Yakinlah wahai saudaraku, Allah itu maha berkuasa, jika DIA ingin menunjukkan kekuasaannya, perkara yang tak akan terlintas di fikiran kita pun boleh terjadi.

Ingat kawan-kawan, jangan bangga dengan kesihatan yang kita nikmati saat ini, jangan juga melabel orang yang diuji dengan sesuatu penyakit sebagai tidak pandai menjaga kesihatan, doakanlah dirinya, berilah kata-kata semangat, katakan padanya sakit itu ujian Allah, dekatkan diri padaNYA, insyaAllah hati menjadi lebih tenang..

Oh ya, berkenaan gambar kat atas tue, sebenarnya saya muat turun dari sebuah page kat fb, maafkan saya kerana terlupa nama page tersebut. Kalau dilihat kehidupan seharian kita, pasti kita pernah terlihat situasi sedemikian, betul tak? Apabila saudara kita dijemput Allah terlebih dahulu, kita akan melihat setiap akaun sosial miliknya. Bersyukurlah jika ada sempat me'remove' segala post yang kurang enak dipandang, tetapi bagaimana yang tidak sempat 'membersihkan' laman sosialnya?

Beringat sebelum terlambat..



**autopublish entry**


Wassalam..

No comments: