Sunday, June 24, 2012

My beloved Hp



Kali nie nak keluar daripada 'kepompong', ye la, asyik entry serius je, penat nak fikir perkataan bombastik (sebenarnya takde).. Entry kali nie tentang hp aka handphone.. Hp saya biasa-biasa je, bukan blackberry, samsung galaxy, jauh sekali iPhone 4S, hanya N70..

Ye, dah hampir 5 tahun saya guna hp nie.. Actually dapat sebab result PMR.. Hadiah my parents.. 7A1B, kira terbaik la untuk saya.. Waktu tue saya boleh tahan la rajin study, ye la, time tue banyak perkara yang memotivasikan saya..

Nak citer panjang lebar tapi rasanya boleh buat entry lain lagi, insyaAllah, ada masa nanti saya buat..

Citer tentang hp, urm.. Nie nak senaraikan apa yang best dan tak best tentang hp nie..


Best..
1) Dulu-dulu kira canggih la hp nie, ada 3g kan.. *hakikatnya sampai sekarang tak pernah ber'3g'*
2) Camera.. Walaupun dah lebih 4 tahun kualitinya masih ditahap memuaskan..
3) Boleh save mesej BANYAK-BANYAK! Haha.. Ye, saya suka save mesej orang, kalau saya rasa penting, memang saya save la.. Paling banyak dekat 2000 juga kot, hoho.. Fakta tue, tetapi sekarang dah tak banyak tue la, 100 pun tak sampai kot, terpaksa dipadam untuk mengelakkan hati kian bercelaru, sekian terima kasih..
4)Keypad yang mesra pengguna.. Haha.. Actually i yang mudah 'belajar' sampai boleh taip mesej sambil tengok tempat lain.. :)
5) Kebal! Haha.. Dah banyak kali hp nie terjatuh, ehhh, terjatuh yek, tak pernah sengaja humban atau jatuhkan.
6) Alat pengera! haha.. ini fakta.. Saya tak suka jam loceng, bunyi tak merdu la.. Saya nak suara manusia yang mendayu-dayu kejutkan saya..
7) Jam.. Senang nak tahu berapa minit lagi nak berbuka puasa, hehe.. Sebenarnya saya tak suka pakai jam tangan.. Erm.. Bukan tak suka tapi saya dan jam tangan tue dah sign kontrak agaknya, tak boleh pakai lama-lama sebab boleh hilang/rosak/sengaja dirosakkan, huhu..
8) Ada log! So, boleh tau bila dan berapa credit yang dah saya bazirkan.. *ApaBendanyaLogNieYek?MalasNakCariKamus*
9) Tengah fikir..
10) Takde dah..


*Tue dia, selepas di'touch up' sket sedap la mata memandang.. Semak ke? Hehe.. Sengaja.. Macam orang rajin kan? Nie la kerja orang yang dah tak layan hp dia, takde kerja cari kerja! Cuba menjawab soalan Add maths, terasa seperti diawang-awangan, penat nak perah otak. Pilih soalan fav, yang senang sket la, terus rasa lega sebab masih boleh jawab lagi, hehe.. Majalah solusi? Mencari ilham untuk taip something..*


Tak Best..
1) Besar dan berat! Kawan den kata humban kat dog pun boleh mati, huhu..
2) Tak kalis air! huhu.. Pernah repair sebab cik fitri terlupa dia pegang hp time temankan anak buah mandi-manda kat swimming pool..
3) Camera depan cuma 0.3mp.. haiz..
4) Cepat hang..
5) Cepat habis battery.. Entah berapa kali dah tukar battery..
6) Nie masalah hp i je la, mengada-ngada sebab boleh charge kalau connect dengan socket tertentu je..
7) Skrin degil, tekan banyak kali pun tak dapat buka inbox.. *haha.. memang la, bukannya hp touch screen!*
8) "Nokia dah tak keluarkan hp nie lagi", statement my Ex bos, sekian, terima kasih..

Banyak suka duka saya dengan hp nie.. Dulu memang pernah terfikir nak beli baru tapi sayang.. Lagipun masih baik lagi kan.. Housing dia toksah tengok la, nak beli housing yang original, mencekik darah, boleh beli sebijik hp nokia yang screen hitam putih tue. Kalau boleh, saya memang tak nak minta duit kat mak ayah, dulu kena offer beli hp baru tapi saya tak nak, huhu..

Sekarang? Yup, tengah berangan nak beli iPhone 4S.. Pasai camera la..

Lupa.. Hp saya nie kadang-kadang buang tebiat.. Rosak sket dah sebenarnya, kalau dia rasa orang-yang-tak-perlu-diberi-nama call, hah, dia kasi baik punya, on speaker sendiri, pastu the end.. Haha.. Bagus hp nie, dia jaga tuannya.. Takpe, puannya *instead of tuannya* dah berubah sekarang, pegang hp pun jarang..

Sekarang memang saya tak mesej sapa-sapa, orang yang mesej saya, hehe.. Credit?? Fuhh, kalau berlarutan macam nie, boleh kaya kredit saya, hehe..

Saya terpanggil untuk buat entry nie sebenarnya nak sedarkan diri saya dan sesiapa di luar sana yang endah tak endah tentang hp dia..

Actually hp nie boleh dijadikan medium untuk tingkatkan pahala kita.. Hantar mesej kat kawan-kawan tue jangan la bergosip tentang artis or jiran sebelah rumah la pula, kongsi la apa-apa ilmu yang kita dapat hari nie..

Kalau jauh dari keluarga, rajin-rajin la call mereka.. Nak jadi anak yang soleh/solehah kan? :)

Sekarang dah banyak website yang membolehkan kita memuat turun ayat al-quran.. Sambil memantapkan bacaan kita, boleh juga memudahkan kita menghafaz ayat tersebut.. Bahkan hati pun menjadi lebih tenang..

Tapi.. Tapi.. Jangan la letak ayat al-quran sebagai ringtone hp kamu, dibuatnya berbunyi masa kamu kat dalam tandas, kan berdosa dah tue.. Err.. Yang tue bukannya tak sengaja yek, kamu tak fikir baik-baik sebelum jadikannya sebagai ringtone..

Hah.. Kamu.. Jangan salah gunakan hp tue.. Ye, adik saya yang cantik molek.. Toksah posing comel-comel and upload gambar tue kat fb, nanti si soleh tawar hati nak jadikan kamu isteri apabila tengok ramai lelaki like dan comment gambar kamu yang kurang sopan tue..

Abang-abang dan adik-adik sekalian.. Jangan save video bukan-bukan dalam hp tau.. Camne saya tahu? Dulu saya PRS, pastu berkawan pula dengan pengawas (perempuan yek), pernah la terjumpa beberapa kes sedemikian.. Berdosa la..

Kesimpulannya, manfaatkanlah hp anda dengan sebaik mungkin, sekian terima kasih..

*autopublish entry, eden kat kg*

**Syukur Alhamdulillah, ini entry yang ke-500, semoga entry-entry yang terhasil membawa manfaat kepada semua orang, amin..**

***Eh, 500 termasuk 4 drafts, maaf, salah info***

Wassalam.

No comments: