Malam itu, dalam gelap gelita, aku hanya mampu tersenyum bahagia.
'Ah, mana mungkin kau bahagia disaat hatimu disakiti!'
Kata-kata hati menyedarkanku daripada lamunan yang panjang.
'Hati, hari ini mungkin kau belum mengerti, tetapi suatu hari nanti kau akan bersyukur. Allah bukan saja-saja meletakkan dirimu dalam situasi ini, pasti ada hikmah disebaliknya. Senyum ye hati, jangan buruk sangka kat dia, dia pun makhluk Allah juga, macam kita. Tak mungkin dia dapat lari daripada membuat kesilapan kan hati?'
Aku cuba memujuk hati.
'Kau dah lupa janji-janjinya padamu? Mustahil kau dapat melupakannya dengan mudah. Kau tak rasa dia kejam? Kau berhari-hari, bahkan berbulan-bulan memendam rasa kat dia, boleh pula dia bercinta sakan. Kau tak marah?'
Aku mula terfikir, 'ini bukan kata hati, tetapi bisikan Syaitan!'
'Biarlah hati, suatu hari nanti dia akan mengerti, kita bersabar yek? Kita sama-sama kuatkan iman. Hati, kita lebih tenang kan apabila dekat dengan Allah? Kalau dulu, asyik gelisah saja sebab tahu Allah tak meredhai kita bercinta dengan lelaki ajnabi. Sekarang, walaupun mula-mula dahulu pedih lah juga setelah menyedari kita perlu melupakan sang kumbang, kita bahagia kan? Bahagia kita bukan kerana tiada cinta sang kumbang tetapi kita bahagia kerana kita ada Cinta Allah, cinta yang maha agung!' Aku memujuk hati dengan harapan hati terbuka fikirannya untuk menerima kata-kataku.
'Betul la, dulu asyik rasa gelisah saja. Ingat tau, lepas nie kita akan bercinta lagi dengan sang kumbang, tapi kumbang selepas nie bukan kumbang sembarangan, tetapi kumbang yang halal. Saya mendambakan lelaki yang soleh, boleh membimbing kita ke syurga..' Hati mula akur dengan permintaanku.
'Ye hati. Hati, kita sama-sama doakan dia berubah kearah kebaikan ye? Semoga kita akan bertemu dengannya di syurga.' Kataku kepada hati.
'InsyaAllah. Selagi ada masa, selagi ada peluang, selagi masih bernafas, semoga dia memanfaatkan setiap saat masanya, setiap bentuk peluangnya, setiap hembus nafasnya, untuk Allah.' Hati semakin tenang..
Syukran Ya Allah..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment