Projek nie tak lah besar sangat, eh, tak juga kecil tetapi sekurang-kurangnya dengan pelaksanaan projek nie boleh la beri saya sedikit saham kat akhirat kelak. Ye la, kita hidup bukan semata-mata untuk kebahagian di dunia sementara nie, tetapi hidup untuk menyediakan diri kearah kehidupan di akhirat yang kekal abadi selama-lamanya..
Sebenarnya saya nak mengasah bakat penulisan saya.. Ye, saya masih tak mampu menulis cerpen/novel dengan baik, tetapi ada sesuatu yang perlu saya kongsikan dengan semua orang, doakan usaha saya ini diredhai oleh Allah.. :)
'Assalamualaikum. Saya tak sangka awak buat macam nie kat saya. Saya dah kata, kalau tak mampu bertahan dengan saya, jangan berjanji setia dengan saya. Kalau sayang wanita lain, jangan dekati saya. Congratz encik Arfan, awak benar-benar dah sakitkan hati saya'
Farah menghela nafas yang panjang, sejam berlalu, dia tahu Arfan pasti sedang mencari helah lagi. Namun, mesej Arfan benar-benar membuat dirinya hilang arah.
'Waalaikumussalam. Apa yang awak dah kata kat Diya? Sebab awaklah Diya tinggalkan saya!'
Farah merenung kembali mesej tersebut, Ternyata, Arfan sudah jauh hati dengannya.
'Awak salahkan saya? Siapa sebenarnya yang bersalah? Saya? atau AWAK?'
Arfan mundar-mandir di biliknya. Dia cuba menahan amarah yang mula menguasai diri.
"Arfan, apa yang kau tengah buat nie? Oh ya, kau nak tahu, tadi gf kau call berkali-kali, aku angkat dia tak nak jawab pula. Kamu ada masalah ke? Aku dah kata, jangan gatal-gatal cari gf yang jauh di perantauan. Nie tak, kau degil. Sekarang dah bergaduh terpaksa guna hp, kalau dekat kan senang, dapat pujuk dia, hehe..", kata-kata Ahmad membuatkan dirinya lebih terseksa.
"Kau diam boleh tak Ahmad? Kau bukannya nak tenangkan hati aku, buat lebih teruk lagi ada la!", Arfan melepaskan rasa marahnya kepada Ahmad.
"Ok, ok.. Kalau ya pun kau nak marah, janganlah babitkan aku pula. Ingat Allah Arfan, mana dah Pak Ustaz yang selama nie aku nampak dalam diri kau tue hah? Aku nak keluar sekejap nie, kau nak pesan apa-apa tak?", Ahmad cuba menenangkan diri rakannya. Dia berdiri di muka pintu seketika sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan bilik tersebut kerana Arfan tidak memberikan sebarang respon.
'We need to talk! Please be honest with me, tell me the truth!'
Mesej Farah dibacanya berkali-kali. Arfan tak peduli, dalam hatinya dia cuma inginkan Diya. Dia tahu Diya sangat istimewa dihatinya.
'Tiada kata yang mampu saya katakan buat awak. Maafkan saya'
Farah cuba mentafsirkan isi kandungan mesej tersebut. Arfan bukan lagi lelaki yang dikenalinya dahulu. Mungkinkah Arfan hanya ingin memanfaatkan dirinya? Atas alasan apa? Ya Allah, kuatkanlah hatiku, aku tahu aku telah memilih jalan yang salah, tunjukkanlah padaku kebenaran yang tersembunyi disebalik semua ini Ya Allah..
Sedikit babak yang terdapat dalam cerita tue..
yeeeha.. Alkisahnya, di awal cerita watak-watak utama tue tersasar dari landasan Islam yang sebenar, mereka menjadikan diri mereka sebagai hamba cinta. Bercinta bagai nak rak, last2 terputus di tengah jalan. Benar, mereka tidak melakukan perkara-perkara terkutuk seperti berzina, tetapi mereka tahu bercinta sebelum bernikah tue sebenarnya mendekatkan diri mereka ke jalan zina. Masih adakah peluang buat mereka untuk menjadi muslimin dan muslimah yang dikasihi Allah SWT? Nantikan ceritera 'Istikharah Cinta' di pasaran..
Hoho.. Takde kat pasaran, limited edition tue, kat blog saya je ada, tapi bergantunglah kepada ke'relevan'annya untuk di'release'kan, takut pula kalau keburukan melebihi kebaikan..
Doakan yang terbaik buat saya.. :)
Wassalam..
No comments:
Post a Comment