Wednesday, June 20, 2012

Saya KUAT


Ketika berhadapan dengan masalah, saya selalu kata 'Saya Kuat' walaupun hakikatnya saya terpenjara dengan perasaan lemah. Saya tak hipokrit, tetapi saya cuba membuatkan diri saya lebih kuat..

Tatkala dirundung masalah seringkali kita mendahulukan perkara-perkara yang lebih memburukkan lagi keadaan seperti meluahkan perasaan di Facebook. Ye, saya pernah melakukannya, dua tahun yang lalu kot. Apa yang saya dapat? Ada yang membantah dan memberi tanggapan negatif dalam diam terhadap saya, tak kurang juga yang menyokong tindakan saya yang saya rasakan kurang rasional..

Usah menyusahkan fikiranmu, ianya cuma perkara kecil, seorang rakan tidak berpuas hati terhadap rakan yang dirasakannya terlalu drastik berubah.. Dia marah, katanya si rakan mudah terpengaruh, tetapi kini mereka telah berbaik semula.. Ye, pengajarannya jangan menilai sebelum mengkaji..



Awak.. Err.. Awak la.. Jap jap.. Rasanya 'awak' saya nie ada 2 jenis; yang pertama kali datang ke blog saya dan my silent reader (hehe.. ada ke?)..

Awak.. Kalau kita hidup berlandaskan ajaran agama, pasti lebih indah kan? Setiap manusia mempunyai nafsu, ohh, bersihkan jiwamu, bersihkan fikiranmu.. Setiap hari manusia tak akan terlepas daripada dibelenggu oleh nafsu ini.. Jeng jeng jeng.. Nafsu makan! 'Kenapa makan je, minum tak nak ke?' Entah la, rasanya manusia memang lebih suka makan berbanding minum kot.. Kalau mula-mula pi restoran, mula-mula yang kita tengok adalah jumlah pengunjung restoran tue, pastu mesti kita terfikir, ' wah, ramai, mesti sedap!'

Yup, ada kalanya first impression memainkan peranan yang penting..

Apa kaitan nafsu makan dengan entry 'Saya Kuat'?

Awak.. Pernah tak awak terfikir apa elemen yang terdapat dalam makanan yang sedang awak makan? Mungkin sedikit mendalam maksudnya.. Baiklah, saya terangkan secara ringkas tetapi jangan mengadu kat saya kalau awak tak faham.. Contoh la kan, kat depan mata awak ada Nasi Goreng Pattaya. Seperti biasa, mesti ada telur dadar membaluti nasi tersebut.

Err.. Pernah tak sambil makan tue awak tanya diri awak, 'Agaknya dia basuh tak kulit telur nie sebelum dia dadar? Errr.. Tak nak la kalau najis ayam masih melekat kat telur dia terus pecahkan je tanpa basuh telur tue..'? Pernah tak?



See, saya dah kata, awak akan bingung.. Kalau saya tukar kepada perasaan cinta, pasti mudah kan? *ehhhh.. kenapa pula?*

Begini sebenarnya, bayangkanlah awak sayang kat orang tue, tapi iman awak masih kuat, masih menepis segala perkara yang membuatkan awak menerima fitnah dunia. Tiba-tiba, datang seseorang cuba mencuri hati sidia yang awak minat dalam diam, bahkan dengan cara yang lebih terhormat, terus jumpa mak ayah dia!

*just in case 'awak' nie wanita seperti saya, maka terpaksa la transformkan diri menjadi 'dia'*



Sambung.. sambung.. Jangan hilang fokus..

Dah tue kamu pun gabra! Ye la, selama nie kamu meniti hari menyiapkan diri menjadi insan yang terbaik dihadapan mak ayah dia, tup tup sekarang dah ada yang melamar sidia..

Punah, hancur berkecai...

Ehhh, tunggu dulu.. Kenapa mudah sangat berputus asa? Tak yakin dengan janji Allah? Kuatkan diri wahai awak, tunduk padaNYA, pohon kecerahan hati daripadaNYA..

*jap jap.. Cik fitri, apa yang awak cuba sampaikan nie??*

Sabarlah awak..

Sebenarnya saya saja je bawa awak ke dunia fantasi, kot kot awak dah pernah lalui situasi tue, awak mesti dah faham maksud saya. Baiklah, kalau tak faham takpe..



Direct to the point ye.. Ada kalanya perkara yang kita tak suka tue lah yang membuka mata kita.. Kita diuji, kita dahulunya seorang pelajar yang rajin berusaha, lalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam upsr n pmr , tiba-tiba keputusan SPM kita teruk *walaupun semua lulus*, pernah tak kita tanya kenapa jadi macam tue?

Fikir punya fikir, terbentang luas dalam fikiran selama nie kita tak study baik-baik, melebihkan meghadap Facebook berbanding Put ur FACE in front of the BOOK *entah apa-apa la ayat bi lintang-pukang cik fitri nie*..

Then kita dapat peluang kedua, kawan-kawan yang lain masuk matrikulasi, masuk poli, masuk maktab, masuk ipta/ipts, tapi kita dok terperuk kat daerah yang sama, pakai baju sekolah pula tue, masuk form 6 atau lebih manis disebut sebagai Pra-U..

Masa tue azam kita nak dapat keputusan yang lebih baik, tak nak berulang semula kenangan lalu..

Masa berlalu..

Tahniah! Awak berjaya membuktikannya..

Errrmmm..

Macam nie.. Tatkala kita diuji, kita perlu melaluinya dengan redha, sentiasa mendekatkan diri padaNYA, insyaAllah, kita akan jadikan ujian itu sebagai sumber kekuatan kita..

Ada contoh lagi nie..

*Apa, contoh?? Dah la saya TERPAKSA baca semua nie*

Sabar awak..


Yang nie awak mesti awak dapat terima punya..
Manusia dan cinta sukar dipisahkan, bukan salah cinta itu, tetapi manusia yang sering menyalahgunakannya..

Sekarang nie susah nak jumpa orang yang sanggup bersabar menanti cinta yang halal.. Tak hairanlah kalau remaja yang tak cukup cekal hatinya beranggapan 'tak bercinta ertinya tak laku'..

Pendekkan citer lagi.. Awak dah tersedar cinta yang tak halal tue membawa awak kepada murka Allah.. Ye, saya pun takut.. Saat tue awak menanam impian, ingin memperolehi yang halal dengan cara yang diredhai olehNYA..

Ujian Allah menjadikan kita lebih kuat.. Kita diuji, kita tersalah memilih haluan yang sewajarnya, tetapi kita masih diberi peluang untuk memperbaiki diri..

Awak, baikkan Allah terhadap hambanya?

Fitrah manusia mudah dilembutkan hatinya dengan perasaan sayang, tetapi akal diberi kepada manusia untuk memastikan fitrah itu tak berubah menjadi fitnah.

Akhir kata, saya kuat! Saya tak nak mudah menilai sesuatu sebelum mengkajinya terlebih dahulu.. First impression tak semestinya benar.. Jika berdepan dengan pilihan, jika tak mampu memilih dengan baik, tenangkan fikiran, jangan cenderung kepada mana-mana pilihan, bersihkan diri, ambil wudhuk, tunaikan solat sunat istikharah..

InsyaAllah beroleh pilihan yang terbaik buatmu, agamamu, kehidupanmu dan kesudahan urusanmu, sama ada cepat atau lambat.




Awak, kita jumpa di syurga nanti ye, insyaAllah.. :)

-- Yang baik itu datangnya daripada ALLAH SWT, yang buruk dan salah itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri.. --
 
Wassalam..

No comments: