Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Apabila diuji, kelemahan itu kelihatan lebih menonjol berbanding kekuatan. Dalam situasi berkenaan, jadikan kelemahan sebagai sumber untuk memperolehi kekuatan..
Contoh yang paling dekat, ujian cinta yang tak halal.. Kita diberi pilihan, ya, PILIHAN sama ada melayan perasaan itu dan terjatuh ke dalamnya ataupun memilih untuk men'soleh'kan/men'solehah'kan diri sebelum memperolehi cinta yang halal..
'Bagaimana jika saya telah memilih jalan yang salah? Masih adakah ruang untuk saya?'
Ya, ada.. Jadikannya sebagai pengajaran yang membina kekuatan untuk memastikan diri tidak lagi terleka.. Manusia yang berkata 'aku ingin bernikah kerana takut terjebak kepada zina' sebenarnya telah 'merapatkan' dirinya ke lembah zina. Mereka ini telah berSMS, berchatting, berdua-duaan tanpa urusan dan banyak lagi perbuatan yang mendekatkan diri mereka kepada maksiat. Ya, agak sukar untuk memujuk hati, bahkan ketika merasakan diri benar, agak mudah melabelkan insan lain dengan gelaran yang tak sewajarnya tanpa berfikir dengan waras. Selagi masih ada ruang dan masa, sedarlah kamu bahawa cinta yang tak halal cuma melalaikan, kejarlah cinta Allah, insyaAllah beroleh seseorang yang mempunyai perjuangan yang selari dengan kamu melalui cara yang halal..
'Kenapa persoalkan tentang cinta? Bukankah banyak persoalan lain yang jauh lebih penting?'
Cinta nie subjektif, boleh dikatakan lebih 'dekat' dengan semua orang.. Cinta jika kena pada tempatnya, tak salah bahkan berpotensi membimbing kita ke syurga.. Contohnya, cinta si anak kepada ibu bapanya, cinta si soleh kepada perjuangan dakwah demi agamanya, cinta si isteri kepada suaminya.. Jika salah caranya, bukan sahaja mencemarkan maruah diri dan keluarga, bahkan jika tidak ditangani dengan segera, takut diazab kelak..
Berbalik kepada topik kekuatan dan kelemahan, jangan biarkan manusia menjadi penyebab untuk kamu berubah, jadikan Allah yang menduduki carta tertinggi di hati kamu.. Jika kita melakukan sesuatu kerana Allah, banyak hikmah yang akan kita terima dalam keadaan sedar atau tidak, bahkan kamu menjadi lebih kuat, tetapi jika kita melakukan sesuatu hanya untuk mendapatkan pujian manusia, kita akan menemukan diri kita tenggelam dalam perasaan riak; terserlah kelemahan kita..
Ada kalanya kita merasakan tidak senang duduk melihat si A lebih maju berbanding kita. Apabila kita berfikir menggunakan logik akal, kita akan mengkaji kelemahan diri kita dan kekuatan yang ada padanya untuk memajukan diri tetapi jika ingin mengambil jalan mudah sahaja, seperti menjatuhkan si A dengan cara yang kejam, ya, mungkin berjaya pada awalnya, tetapi apabila tersungkur, kita sukar menemui kekuatan diri.
Akhir kata, jangan biarkan kelemahan diri menghantui dirimu, belajar menjadikannya kekuatan.
-- Yang baik itu datangnya daripada ALLAH SWT, yang buruk dan salah itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri.. --
Wassalam..
No comments:
Post a Comment