Pernikahan dalam Islam merupakan fitrah manusia agar seseorang muslim dapat memikul amanat tanggungjawabnya yang paling besar dalam dirinya terhadap orang yang paling berhak mendapat pendidikan dan pemeliharaan. Pernikahan memiliki manfaat yang paling besar terhadap kepentingan-kepentingan sosial lainnya. Kepentingan sosial itu adalah memelihara kelangsungan jenis manusia, memelihara keturunan, menjaga keselamatan masyarakat dari segala macam penyakit yang dapat membahayakan kehidupan manusia serta menjaga ketenteraman jiwa.
Credit to Wikipedia.. :)
Siapa yang tak nak bernikah kan? Ehhh, jangan fikir yang bukan-bukan, pernikahan menghalalkan yang haram.. Ingat mesej dengan boifren gilfren tue halal ke? *emo disitu*
Muda-mudi zaman sekarang pun dah ramai yang terfikir nak bernikah pada usia yang muda, termasuk saya la tue, huhu, lariiiiii.... :)
Ingat ye kawan-kawan, nikah nie bukan perkara yang main-main, takde orang yang nak nikah banyak kali, biarlah pernikahan tue sekali dalam seumur hidup..
Kes cerai-berai? Banyak faktor sebenarnya. Tak nak ulas tentang tue, takut.. :(
*Sumber gambar: encik Google*
Sebenarnya tadi saya tengok citer Cinta Vlog kat youtube, nak tengok cik wawa yang comel tue, tetapi seperti biasa la, lebih comel kalau tutup aurat.. :)
Tapi..
Tak tengok sampai habis sebab..
Terjumpa video nie!!
Setiap orang diberi peluang untuk memperbaiki diri kan? Peluang tue sentiasa ada untuk kita. Bila saya dengar citer tentang perkenalan Irma Hasmie dan tunangnya, saya terdiam.. See, Irma sendiri mengaku sebelum nie dia tersilap langkah tetapi Allah telah menunjukkan yang lebih baik buat dirinya, dia diberi peluang bertemu dengan keluarga bakal suaminya dihadapan kaabah.. Sweet kan? *Lebih baik saya kata pertemuan tue sweet daripada mengatakan citer cintan-cintun kat tv tue pun sweet*
Sebelum mengakhiri entry ini, saya nak bagi korang tengok satu lagi video, tak lain tak bukan, tentang pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee..
Bercinta setelah bernikah? Impian saya, hehe..
Orang lain mungkin kata, "Awak tak kenal hati budi dia, tak tahu perangai dia, camne awak boleh yakin awak akan bahagia dengan dia setelah bernikah nanti?".
Saya akan kata, "Saya tak la tak semena-mena kahwin dengan dia tanpa mengetahui asal-usul dia, mungkin mak ayah atau orang yang terdekat dengan saya boleh menilai dia, selain tue sekiranya selepas saya melakukan solat istikharah hati saya tenang, tiada apa-apa petunjuk yang menunjukkan dia bukan jodoh saya, maka saya terima dia seadanya.. Saya pernah terjebak dengan cinta sebelum bernikah, apa yang saya dapat? Sesuatu yang belum pasti, perasaan takut menyelubungi diri, sekiranya saya tak berhati-hati, pastinya terjadi sesuatu yang akan saya kesali.. Saat itu menangis airmata darah sekalipun tak berguna lagi, maruah diri dah dicemari, kemana harus saya lari, tetapi syukurlah hati ini masih terpelihara, maruah diri masih terjaga. Saya hanya mengimpikan yang halal, mudah kan untuk difahami?"
See u on my next entry.. :)
Wassalam..
No comments:
Post a Comment