So far dah turun 2 kg! Hoyehh! Hihi.. Tak main-main, memang turun, tapi tak tau la part mana yang makin berkurang. Eh, double chin dah semakin berkurang.. Yeahh.. Hihi.. Siapa tak happy kalau tak sampai seminggu berdiet dah nampak hasilnya? Erk, tak semudah yang disangka..
Saya dah tinggalkan encik carbo tue, tak sentuh langsung.. Kalau terselit kat makanan yang tak nampak dari luaran ada encik carbo tue tak aci la yek, tapi nasi, mee, dan segala jenis kek dah berjaya ditinggalkan..
Saya dah tinggalkan encik carbo tue, tak sentuh langsung.. Kalau terselit kat makanan yang tak nampak dari luaran ada encik carbo tue tak aci la yek, tapi nasi, mee, dan segala jenis kek dah berjaya ditinggalkan..
Dalam berdiet tue takut juga, ye la, kadang-kadang berat cepat turun sebab badan kita berat air.. Mungkin juga, tapi 2-3 hari nie cik fitri memang kuat minum air, tak sempat air keluar dah masuk lagi, huhu..
Minta-mintalah bukan jisim otot yang berkurangan.. Erm.. Tue kesan tahan perasaan lapar.. Bukan saya yang kata, akak Herbalife tue yang kata.. *Dulu je ambik herbalife, sebulan lebih kot, turun juga la 5-6 kg.. Tak ingat sebab dah lama tinggalkan encik h tue, mahal..*
Best la juga time mula-mula nak berdiet nie, rajin semacam, haha.. Kelmarin entah kenapa boleh jadi rajin kemas almari pakaian.. Puasa dan raya dah dekat, maka baju kurung dah menduduki carta terunggul agar mudah cik fitri ambik..
Lapar? Jangan ikut cik fitri, kalau lapar dia sembunyi-sembunyi masuk dapur, buka peti sejuk, and... nyum-nyum.. Makan coklat! Haha.. Camne la lemak tepu dalam badan nak keluar kalau sentiasa di'top-up'? Haiz..
Hehe.. Bukan selalu, 2-3 kali je, kecik je la, huhu.. *pandai sangat bagi alasan*
Wahai kawan-kawanku yang tersayang, yang dah lama tak jumpa den, berat den sekarang memang naik sket kot, akibat dah merasa pegang duit gaji sendiri la nie.. So, sebarang aktiviti bersua muka akan dibekukan untuk sebulan.. Haha.. Sebulan je, sabar yek..
*HariKetigaBerdiet*
Wassalam..
No comments:
Post a Comment