"Boleh Jadi Kamu membenci sesuatu padahal itu amat Baik bagimu,dan Boleh jadi kamu amat menyukai sesuatu padahal Itu amatlah Buruk bagimu;Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
[Qs.Al-baqarah ;216]
Kenapa?
Saya masih tercari-cari apa sebenarnya bidang yang saya minat..
Dulu masa sekolah rendah, teringin sangat nak jadi pensyarah.. Ye, my parents nak saya jadi guru, tapi si budak yang tak berapa nak kecik nie nak yang lebih tinggi.. Ye la, pensyarah kan mengajar kat universiti, pastu gaji jauh lebih tinggi dari guru..
Huhu.. Kecik-kecik lagi dah berangan nak dapat gaji tinggi..
Zaman sekolah menengah, saya masih meneruskan cita-cita tue sehinggalah saya dapat masuk kelas sains.. Waktu tue cita-cita saya berubah sekelip mata.. Saya nak bekerja dalam bidang perubatan.. Nak jadi doktor saya tahu diri tak mampu, so berangan la nak jadi pharmacist.. Siap pujuk my parents restu niat murni saya..
Err.. Parents tak setuju, nak juga saya jadi guru; boleh spend banyak masa dengan mereka. Saya tahu punca saya tak jadi guru.. Erm..
Bila adik saya minta tolong ajarkan sesuatu je mesti saya bagi alasan. Bukan sebab saya tamakkan ilmu, tapi saya tak tahu cara nak mengajar..
Mungkin akibat tak nak patuh dengan impian parents, result spm saya tak memuaskan. Nak apply jadi guru dan pharmacist pun tak lepas..
Dari peristiwa tue saya belajar sesuatu..
My mom tak nak saya berharap nak jadi pharmacist sebab keputusan ujian dan peperiksaan saya tak memuaskan and mungkin lepas tengok keputusan tue my mom dah agak sukar untuk saya menjadi seorang pharmacist.. My mom dah tahu selok-belok kerja kat hospital.. Tahap stress memang tinggi, lebih-lebih lagi untuk saya yang sikit-sikit nak stress nie, huhu..Err.. tue intro je.. (merepek dlm bi sebab teringat ept.. takpe, lepas khatam buku grammar saya betulkan mana yang salah.)
My dad pula nak saya jadi seorang guru mungkin sebab he was being a teacher a few years ago?? huhu.. Sekarang my dad dah keja kat sektor/bahagian lain, tapi masih di bawah kementerian pelajaran.. My dad tahu saya tak berapa nak layan subjek sains tetapi bagi subjek lain saya masih boleh angkat.. So, that's why he told me, 'just be a teacher' instead of 'forget ur dream.. u'll not be able to achieve it'..
Allah dah tunjukkan saya tak sesuai jadi pharmacist melalui pendirian parents saya tapi saya masih tak faham-faham.. Kalau cita-cita selari dengan usaha untuk mendapatkannya takpe la kot, nie tak, masih terbuai-buai dengan detik-detik 'honeymoon' selepas PMR, study pun last minute..
Saya tak nak lupakan kesilapan saya sebab saya nak diri saya sedar bahawa saya tak boleh lagi mengulang kesilapan lalu..
Masuk form 6, saya mulakan dengan azam yang baru.. Saya dah tak boleh terlalu memilih kerjaya, yang penting saya berjaya..
Saya masih teringat selepas borang pemilihan subjek diedarkan, saya pilih pengajian perniagaan sebab saya tiada asas ekonomi. Pengajian perniagaan kan lebih kepada teori, so saya fikir lebih mudah ambil pp.. Tiba-tiba dua-tiga orang senior datang kat saya, tanya betul ke tak pilihan saya. Saya jawab la 'ya' dan bagi alasan yang saya fikirkan before buat pemilihan subjek tue.
Pastu sorang senior cakap kat saya, "akak pun dulu budak science juga, takde basic tapi percayalah cakap akak, memandangkan fitri ok math, eko lebih sesuai untuk fitri"..
Tak lama selepas tue cikgu bagitahu bidang kerja yang saya boleh apply kalau ambil eko..
Ok, saya pilih eko.. Dapat atau tak dapat terpulang dengan budi bicara cikgu sebab cikgu eko hanya pilih student yang ada basic eko atau ok dalam math je..
Sehari sebelum tamat minggu orientasi, kelas dan mata pelajaran yang bakal kami ambil pun diumumkan.. Saya dapat p.am, bm, sejarah dan ekonomi..
Sesuatu yang mencabar bagi saya sebab saya memang tak suka sejarah.. Err.. Yang tue saya sendiri pilih sebab tak sanggup nak baca buku sastera..
Belajar sebagai student form 6 memudahkan saya melalui proses 'kematangan diri'. Kalau dulu saya lebih suka mengelak dari melibatkan aktiviti tetapi time form 6 saya berubah.. First time saya ikut camping peringkat negeri, sebelum tue paling jauh pun ikut camping tak kurang 15 km dari rumah saya..
Lebih banyak berdikari sebenarnya.. Program kat sekolah guru-guru banyak bagi peluang budak form 6 yang handle..
Sekolah saya ada adakan program OPS IPT kat UMS. First time pi sana saya dah teruja, nak rasa sendiri pengalaman jadi student u.. Terdetik juga kat hati saya nak masuk ke sana, so dah tetapkan kat hati, kena usaha lebih..
Hari demi hari, bulan demi bulan, masa yang dinanti pun sudah hampir tiba.. Dah tiba masanya nak luahkan semua yang saya pelajari.. Tipulah kalau tiada dugaan langsung.. Lagi-lagi soal hati dan perasaan.. Dugaan sakit juga. Tetapi semua dugaan Allah turunkan menjadikan saya lebih kuat dan memelihara diri saya daripada menjadi seorang yang tidak tahu menghargai..
Keputusan STPM diumumkan.. Saya bersyukur walaupun tidak melebihi target saya tetapi masih di tahap memuaskan.
Sewaktu mengisi borang UPU banyak faktor yang mendorong saya memilih sesuatu course.. Parents yang nak saya study kat UMS, penolong kanan t.6 nak saya apply um, pastu kawan-kawan yang nak sama-sama apply uum, err, nak apply upsi sebab nak dapatkan biasiswa pendidikan pastu nikah (huhu.. apakah?? tapi tue la cerita yang sebenar).
Sebenarnya, hampir semua course yang saya pilih berkaitan dengan psikologi; Allah gerakkan hati saya untuk buat pilihan tue..
Ada juga saya apply course pendidikan, dah kena panggil untuk ambik ujian medsi, tapi bukan rezeki saya untuk menjadi guru. Oh ya, saya tak apply upsi pun..
Masa mula-mula isi borang upu, saya letak uia no 7 dan 8, pastu masa update sekali lagi saya letak uia no 3. Ingatkan tak dapat uia sebab saya difahamkan nak masuk uia susah sket. Sengaja letak dibahagian atas sebab bagi saya level uia tinggi, letak kat atas pun mungkin saya tak dapat.
Syukur alhamdulillah, yang susah nak dapat tue juga yang Allah bagi kat saya.. My dad ada usulkan nak tukarkan saya ke UMS tapi saya menolak.. Saya rasa saya tak nak lepaskan peluang nak masuk uia walaupun tahap ketakutan or kerisauan saya untuk melepasi ept sangat tinggi..
Tak cuba mana kita tahu kemampuan diri kita kan?
Ye, saya ambik risiko kali nie sebab nak ajar diri saya untuk berusaha lebih..
Psikologi?
Dalam sedar atau tak sedar, seorang kawan saya pernah cakap macam nie kat saya, "Fitri, kau tahu tak kenapa aku cari kau setiap kali aku ada masalah? Bukannya aku tak berdoa pada Allah, aku berdoa. Aku perlukan seseorang. Ye, seseorang yang bukan sokong tindakan aku sebab nak puaskan hati aku, tapi seseorang yang tolong bagitahu baik buruknya tindakan aku.. Tipu la kalau kau tak pernah buat aku sedih dengan nasihat kau yang aku rasa berat sebelah, tapi bila aku fikir balik, semua tue terkena kat batang hidung aku. Why not kau tak dalami ilmu kaunseling secara lebih mendalam? Atau mungkin psikologi? Kau juga kata kat aku yang kau nak tolong orang yang sedang bergelut dalam masalah kan? Kalau tak pun kau kena polish bakat penulisan kau.."
Saya ingat-ingat lupa tapi lebih kurang macam tue la bunyinya..
Yang penting saya percaya Allah bukan saja-saja meletakkan saya dalam situasi ini, pasti ada hikmah disebaliknya..
Hanya kepada Allah saya berharap untuk menyempurnakan kehidupan saya..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment