Thursday, August 2, 2012

Mencegah Lebih Mudah daripada Mengubati

Seronok rasanya jika sentiasa ingat terhadap tanggungjawab diri, tetapi adakalanya kita alpa dengan keseronokan hidup di dunia. Apabila nikmat ditarik satu per satu, barulah kita sedar tentang kesilapan diri kita..

Bermalam kat hospital buat saya sedar bahawasanya kesihatan itu tidak boleh diambil ringan.. Huhu.. Dah pernah rasa macam mana sakit boleh effect keputusan exam dan focus belajar, so, lepas nie tak nak abaikan lagi.. huhu..

Ubat ohhh ubat..

Erm.. Tak suka ubat tapi pernah berangan jadi pharmacist?? Haih, tak sesuai sungguh..

Kalau zahir yang sakit orang lain boleh nampak tetapi kalau hati yang sakit, macam mana?

Caranya mudah sahaja.. Tanya diri, hati tue sakit sebab apa? Kalau sebab bermusuhan dengan seseorang, maafkan.. Percayalah selepas memberi kemaafan hati akan menjadi lebih tenang.. Kalau hati terganggu kerana ternanti-nanti jodoh kunjung tiba, sabar je la.. Masanya belum tiba, banyak lagi perkara yang kita perlu kejar.. Bagaimana pula jika hati bergelut kerana masalah lain?? Dekatkan diri padaNYA sayang.. Sesungguhnya Allah SWT maha mendengar, maha mengetahui, maha berkuasa.. Tiada lagi yang berkuasa selain daripada Allah SWT..


comel.. :)

1. Amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74 Yang bermaksud “Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Muttaqin)”

2. Baca Surah Yusuf, ayat 4 pada semangkuk atau segelas air, kemudian sapu air itu pada muka. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.

3. Cubalah membaca Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Gunakan air itu untuk mandi pada tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.

4.Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.

5. Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT.

Kita hanya Berusaha,allah swt yang menentukan..Selamat Mencuba..
credit to Jodoh Itu Rahsia Allah



Kat atas tue ayat-ayat menusuk kalbu untuk cik fitri dan semua orang..

Wassalam..

No comments: