Sebenarnya bukan pada bulan ramadhan sahaja pembaziran berlaku, boleh dikatakan pembaziran berlaku pada setiap masa; waktu, tempat, dan orang yang berbeza.. Mudah atau susah melakukan pembaziran bergantung kepada diri sendiri, ada juga yang terlalu berjimat..
Pembaziran?
Perbuatan ini bukan sahaja berlaku dalam soal membeli juadah berbuka, tetapi turut berlaku ketika melakukan persiapan raya..
Makanan?
Bukannya tak boleh membeli pelbagai juadah, tetapi kena tanya diri dan keluarga la dulu, larat ke tak habiskan semua tue..
Baju raya?
Erm.. Yang nie pembaziran dalam konteks yang berbeza kot.. Memang semua baju tue akan selalu dipakai selepas ini; lelaki pakai ketika solat, wanita pakai untuk ke tempat kerja atau kenduri, tetapi kalau sampai lebih 4 pasang tue, boleh dikatakan membazirlah untuk bulan tue.. Boleh je beli lagi pada bulan hadapan.. Kalau mampu takpe la, itu hak kamu.. Nasihat nie untuk yang bergaya di pagi raya tapi hujung-hujung bulan ikat perut sebab gaji bulan september lambat lagi, huhu..
Kuih raya?
Hehe.. Yang nie kalau kuih tue sedap, mesti habis punya.. Kalau tak sedap? Err.. Kena habiskan la juga.. Siapa suruh beli banyak-banyak kan? Hehe.. Nak sedap kena rasa kuih tue sebelum beli.. Say WHAAAAAT? Tengah puasa tak boleh rasa? Haih.. Kalau yang jual kuih tue kenalan rapat, suggest la kat dia edarkan sample before buat order.. Kalau nak sedap lagi, buat la sendiri.. hehe.. :)
Rumah raya?
Ehh.. Rumah raya? hehe.. ye la, rumah nie rumah yang sentiasa bertukar wajah setiap kali menjelangnya hari raya.. Baik tak baik bergantung kepada tahap kewangan keluarga tue la.. Tak salah kalau nak hias rumah tapi janganlah buat semua tue sebab nak berlawan-lawan dengan jiran sebelah rumah, tak baik tau.. :)
Lagu raya? *Eh, apa kaitan lagu raya dengan pembaziran??*
Hehe.. Percaya atau tidak, mood seorang pembeli boleh berubah ketika mendengar lagu raya.. Sebab tue la sekecil-kecil kedai runcit sehinggalah gedung membeli-belah pasang lagu raya, nak timbulkan mood raya katanya.. Pembeli pun apa lagi, dengar je terus kata dalam hati, 'Takpe, hari raya aidilfitri setahun sekali, takpelah kalau berbelanja lebih'.. Betul tak, betul tak? Hehe..
Amalan??
Pembaziran juga nie.. Banyak je peluang kita untuk tambah amalan kita di bulan yang mulia nie tapi kita sia-siakan, sobsob.. Bila ada isu hot, kita sibuk pi komen, kalau komen yang positif takpe la, nie komen yang tak baik; yang memburukkan lagi keadaan.. Bila ada video hot, kita sibuk buat parody, sobsob.. Camne la budak tue nak berubah? Huhu.. Maaflah kalau ada yang terasa.. Erm.. Tapi.. Kena tunggu terasa dulu ke baru kita nak sedar kesilapan kita?
Kredit hp??
Yang nie teguran untuk diri sendiri juga.. Ikhtilat kena jaga cik fitri sayang.. Biarlah mereka mesej dengan ucapan untuk memeriahkan ramadhan, toksah balas; balas salam dalam hati.. Err.. Point nie untuk yang rasa hatinya bercelaru.. Tak usahlah bazirkan kreditmu wahai mawarku sayang..
Maksiat mempunyai pelbagai kategori dalam Islam.Pertama, maksiat yang mengeluarkan seseorang itu daripada Islam, seperti syirik dan kufur. Antara contohnya, sujud kepada patung, mencaci Allah dan Rasulullah SAW serta menghalalkan perkara haram dan mengharamkan perkara halal. Kedua, maksiat yang tidak mengeluarkan seseorang itu daripada Islam tetapi membawa dosa besar. Contohnya berzina, mengumpat dan mengadu domba. Ketiga, maksiat yang tidak mengeluarkan seseorang itu daripada Islam tetapi membawa dosa kecil. Contohnya meminang wanita yang sudah dipinang oleh orang lain, melihat dan mendengar perkara yang diharamkan.Memang benar maksiat boleh terjadi di mana sahaja. Bahkan maksiat boleh berlaku daripada orang yang nampaknya seperti berbuat kebaikan.
Di dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi (no. 2382), Rasulullah menjelaskan tiga jenis manusia yang dihumban ke neraka sebelum orang lain.
Pertama, orang yang membaca al-Quran untuk digelar qari. Kedua, orang yang sering menderma untuk digelar pemurah dan dermawan. Manakala ketiga, orang yang mati di medan perang semata-mata untuk digelar berani.
Perhatikan bagaimana hadis ini mengajar kita agar sentiasa meneliti dua perkara iaitu kesahihan amalan di samping keikhlasan niat. Kedua-dua perkara ini perlu wujud seiringan dan tidak boleh diasingkan sama sekali.
Setelah memahami kaedah berkaitan ketaatan dan maksiat, dapatlah kita fahami bahawa apa sahaja festival yang membuang masa dan mengandungi hiburan yang tidak menepati norma Islam termasuk dalam maksiat. Lebih khusus lagi, ia tergolong dalam dosa kecil. Ini tidak bermaksud individu muslim itu tidak boleh berhibur. Boleh, asal tidak berbaur maksiat.
Credit to UTUSAN
Baca dan fahami. Kalau rasa tak faham rajin-rajinkan diri mencari jawapannya; pasti ada dalam al-quran dan hadis..
Erm.. Terlalu banyak meluangkan masa dalam dunia maya nie bahaya juga, sana-sini tersebarnya pelbagai berita.. Tepuk dada, tanya selera.. Kalau rasa-rasa link tue tak mendatangkan faedah, toksah la baca.. link blog cik fitri? Kalau tak baca pun takpe, orang tak paksa pun, huhu.. erm..
*offline*
Wassalam..
No comments:
Post a Comment