Saturday, August 4, 2012

Takut Kepada Bayang-bayang Sendiri


Kenyataan yang sebenar harus ditempuhi, bukannya menyembunyikan diri kerana merasakan diri tidak cukup kuat untuk menghadapinya.. Kuat atau tidak, itu bukan persoalannya tetapi yang pasti kebenaran itu pasti akan diketahui semua orang walaupun sekukuh mana kamu menyembunyikannya..

Kebenaran?


Bagaimana jika kebenaran itu sesuatu yang mengaibkan dirimu?
"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui".(QS.Annur 19)


Bagaimana jika kebenaran itu adalah sebuah penipuan yang kau cuba sembunyikan?

Berhentilah.. Saya tak suruh berhenti kalau tak fikirkan situasi kamu.. Saya pernah dalam situasi itu.. Apa saya dapat? Ketakutan.. Risau.. Takut sebab sekali tersilap langkah, habis semua rahsia terbongkar.. Risau sebab tak tahu taktik apa lagi yang perlu diambil..

Apa yang saya lakukan selepas itu?

Minta maaf.. Ye, prosesnya mungkin agak lama tetapi setelah diberikan kemaafan oleh insan tersebut, saya rasa seperti melepaskan satu bebanan yang telah lama saya pikul..

 

Motif entry ini?

Saya terlihat situasi ini seperti wujud di alam maya semula.. Siapa gerangan pelakunya biarlah mereka sahaja yang tahu.. Saya bukan nak buka pekung di dada, jauh sekali memburukkan diri sendiri tetapi saya hanyalah manusia biasa, yang belajar dari kesilapan masa lalunya..

Kesilapan?

Menjadi 'seseorang' yang tak wujud.. Perkara biasa? Erm.. Tue perkara yang terpaksa saya lakukan demi menyelamatkan maruah seseorang.. Biarlah yang lepas berlalu menjadi SEJARAH, yang pasti ia tidak akan BERULANG semula selepas ini..

Mohon dijauhkan..

Wassalam..

No comments: