Tuesday, August 7, 2012

Insentif ohhh Insentif


Sabar.. Sabar.. Saaaaabaaaar.. Penat nak sabarkan hati, tiba-tiba pula 'temperature' naik.. Erm.. Sekarang dah tenang sikit tapi masih rasa tak puas hati.. Astaghfirullahalazim.. Mudah sangat perasaan marah tue wujud, huhu..

"Tahniah kepada anak puan tetapi maafkan kami sebab insentif dah dibekukan" adalah jauh lebih baik berbanding "Maaf, permohonan tidak diluluskan kerana UIAM bukan IPTA"..

2 dialog yang berbeza.. 2 orang yang berbeza..

Erk, sejak bila uia jadi ipts? or saya sorang sahaja yang tak tahu uia bertukar status menjadi ipts? Erm... Kalaulah saya tak tahu tentang 'insentif' nie lebih baik agaknya, tak perlu la saya menyusahkan ibu bapa saya untuk memohon cuti semata-mata untuk mengurus semua tue..

Silap saya kerana dari dulu saya beranggapan kalau belajar rajin-rajin, dapat keputusan yang baik, dan dapat tawaran ipta, sumbangan perhargaan/insentif/hadiah datang dari pelbagai pihak..

Kenapa cik fitri beranggapan sedemikian?


Saya nampak senior-senior dan sedara saya yang cemerlang dapat sumbangan/hadiah dari pelbagai pihak..

So, belajar semata-mata untuk dapatkan semua tue je la?

Macam mana nak terangkan yek? Erm.. Macam nie.. Kami memang belajar, diharapkan niat kami belajar itu adalah ikhlas kerana Allah SWT.. Sebelum nie kami dengar dan nampak sendiri ada beberapa pihak/jabatan/kerajaan/swasta memberikan 'hadiah' kepada yang cemerlang, bila kakak-kakak dan abang-abang kami dapat meringankan sedikit beban keluarga mereka (dapat sumbangan/hadiah), maka kami pun teringin untuk meringankan beban keluarga kami..

Cik fitri marah ke?


Erm.. Mungkin sebenarnya perasaan itu patut diklasifikasikan sebagai kecewa..

So, apa solusi yang patut cik fitri ambil?

Sabar.. Rezeki itu datangnya dari Allah SWT, mungkin ada hikmahnya kami diuji seperti ini..

Apakah hikmah yang terlintas di fikiran cik fitri?

IKHLAS.. Usah mengharapkan balasan.. :)

Selain itu?

InsyaAllah rezeki Allah itu datangnya melalui sumber yang lain.. Yakin rezeki itu datangnya dari Allah SWT..

Ada kata-kata lain?

Tipulah kalau tak dapat apa-apa langsung, pernah dapat laptop sumbangan seorang datuk.. Insentif yang dipersoalkan ini dari sebuah badan berkanun yang menjanjikan insentif kepada anak peserta yang mendapat tawaran dari ipta..

Maaf jika ada kata-kata yang menyinggung perasaan pihak tertentu, saya cuma ingin menyuarakan masalah.. Rasanya banyak lagi masalah orang lain yang lebih berat dan perlu dikaji secara terperinci.. Masalah saya kecil saja..

Maaf jika terlalu membesar-besarkannya..

Adakalanya masalah kecil boleh mengundang masalah yang lebih besar sekiranya tidak ditangani dengan baik.. So, jangan menganggap masalah kecil sebagai sesuatu yang remeh-temeh..



Wassalam.. :)

No comments: