Friday, September 14, 2012

Realiti Hidup


Realiti belajar di negeri orang; tak boleh balik rumah kalau cuti tak lebih 5 hari.. Boleh tue memang boleh tetapi oleh kerana harga tiket mampu menampung perbelanjaan cik fitri selama sebulan *atau seminggu??*, tak perlu la mengada-ngada nak balik ye cik fitri..

Yeah, im alone.. Best apa, boleh buat macam rumah sendiri.. hehe.. **baca dengan pandangan yang berbeza**

Sesuatu perubahan adakalanya mengambil masa yang panjang untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Ye, ada yang cepat, ada yang lambat.

Den mungkin memerlukan masa yang sedikit panjang untuk menganalisis pelbagai perkara; mudahkan yang baik, abaikan yang memudaratkan..

Makanan?
Huarrgggh.. Den rindu masakan kat sabah, especially masakan my mom, huhu.. Kat sini bukannya tak sedap tetapi deria rasa den sedang berusaha dengan sebaik mungkin untuk menyesuaikan diri.. Tak biasa pun makan at least 2x sehari juga.. Breakfast; bun and hot milo *kat bilik*, then dinner beli kat cafe mahallah yang berhampiran.. :)

Kelas/kuliah? Haha.. Lain kali sila letak target yang tinggi sket ye cik fitri.. Adoi, den memang lemah nak wat essay, lagi-lagi report.. Roomates bersengkang mata buat revision, den pula merehatkan diri, huhu.. Dah memang plan dari dulu nak memantapkan ilmu untuk bahasa kedua tue.. So, say hi to Celpad.. **bye2 for next sem**

Kera? Hehe.. To be honest with you, salah satu perkara yang den rahsiakan dari my parents tentang uia ialah kera.. Kera?? Pernah terbaca kat beberapa blog and post kat fb tentang kes kera tue, err, takut memang takut tapi normal la kan, dekat dengan hutan *erk, hutan yek?*.. Setakat nie den tak pernah menghadapi masalah tersebut.. Kera malas nak mendaki bukit kat mahallah ruqayyah kot, hehe..

Bas? Kalau jumpa memang bertuah la.. Kadang-kadang mengada-ngada juga kami nie, dekat je kot, tapi kalau dah jumpa bas, tanpa segan silu, naik dan duduk, hehe.. Mahallah den jauh, dah tue dapat blok paling jauh, dan tingkat paling atas, huhu.. Oleh itu, jika kerajinan untuk menjelajah uia sentiasa ada, insyaAllah boleh kurus, hehe.. *camne nak kurus kalau makan 2x sehari tapi ambik dinner??*

**salah seorang classmate den dalam kelas bi adalah seorang lecturer psychology kat sri lanka, dia ambik master/phd kt sini. Erm, hampir separuh kot classmates den dalam kelas bi international students dan yang pasti den rasa den sorang je yang tergagap-gagap bercakap dalam bahasa kedua tue**

erk.. tue je la, nanti tertaip perkara yang tak berfaedah, bahaya pula.. :)

wassalam..






No comments: