Orang selalu berkata,
"Bunga bukan sekuntum"
"Kumbang bukan seekor"
Hakikatnya, sang kumbang dan sekuntum bunga tidak bersalah dalam menentukan sesuatu perhubungan..
Perhubungan apakah yang ingin kau sampaikan padaku?
Cinta..
Ahh, usah dibahaskan mengenainya..
Mahu atau tidak, yang berdebat sekarang nie ialah diriku sendiri..
Berdebat?
Ya.. Antara ingin menjaga hati mereka ataupun berterus-terang sahaja..
Berterus-terang tentang apa?
Tentang perhubungan yang halal..
Maksudmu?
Telinga ini sudah kebas mendengar, mata ini sudah letih melihat, hati ini sudah malu untuk membaca..
Maka, apa lagi yang kau nantikan?
Kekuatan dan keberanian..
Tidak cukup kuatkah engkau mempertahankan dirimu dan mereka?
Ada kalanya kata-kata insan yang serba kekurangan sukar untuk membuka hati seseorang yang berpengetahuan tetapi menafikannya..
Solusinya?
InsyaAllah, kekuatan itu bakal datang bersama jalan penyelesaiannya..
Ayat dipengaruhi sedikit unsur bahasa negara jiran, tetapi maksudnya tetap sama.. Mohon pengisian kali ini sampai pada maksudnya..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment