Sunday, November 4, 2012

Pengajaran 1,2,3,4


Cuaca pagi nie sesuai sangat untuk tido or keluar berjalan-jalan, tetapi oleh kerana hati mengatakan TIDAK, maka pagi nie den perlu bertungkus-lumus menyiapkan assignment yang masih berbaki, huhu.. Shopping? Ohh, tak perlu cik fitri.. Kelmarin siapa yang nekad sangat nak cari charger hp sampai pi giant dan habiskan duit dekat seratus kat sana? Siapa? Siapa? Ok, cik fitri..

Pengajaran pertama; jangan letak charger kat bahagian bawah, tolak tepi charger laptop kat atas meja tue, toksah online.. Tak pasal-pasal den TERsepak wayar charger hp lalu Terputus dua.. Erk, saya tak kasar tau, tapi tue la, jalan tak tengok bawah, sobsob..

Dah cari kedai-kedai yang menjual hp kat u nie, tapi semua tutup.. Atas desakan naluri yang kuat mengatakan charger tersebut amat penting kerana rata-rata kawan den kat sini tak guna nokia, maka den nekad pi giant.. Menyesal pun ada, tapi sedar-sedar dah naik teksi.. Sobsob..

Sampai giant, lepas beli charger, hati den seperti digaru-garu untuk membeli pelbagai jenis barangan yang tiba-tiba muncul dalam fikiran..

Ayat seterusnya ada kaitan dengan pengajaran kedua..

Pengajaran kedua; jangan terpengaruh sangat dengan iklan yang menarik..

Erk, dah namanya iklan yang menarik, mesti la untuk mempengaruhi orang kan? Eh, pembetulan, pembeli diberi pilihan sama ada untuk membeli ataupun tidak.. Beberapa hari lepas den terlihat satu iklan mengenai buku Halalkah Ubat Anda? dalam 1 group kat fb, tak semena-mena den teruja nak memiliki buku tue, ye la kan, cik fitri nie berminat untuk menjadi pharmacist tetapi kurang berkelayakan, huhu.. Den dah tetapkan, kalau harga buku tue kurang dari RM40, den beli, kalau lebih, tunggu sampai balik sabah, pujuk my beloved parents belikan buku untuk anak kesayangan mereka ini, hehe.. Tapi.. Tapi.. Harga buku tue RM30++ je, maka, sila beli sebelum memikirkannya berhari-hari..

Iklan kedua; free gift.. Alkisahnya den dah lama berkira-kira nak beli Fitnesse dan Nescafe, tapi harga kedua-duanya membuatkan den menangguhkan terlebih dahulu niat tersebut... Fitnesse tue, erk, kononnya tak nak keluar pi dinner, so makan tue dengan susu je la, kenyang atau tak, tak tahu lagi, insyaAllah malam nie den cuba.. Nescafe tue sebab lately selalu tido lewat nak siapkan assignment, kononnya nak caffeine untuk membuatkan diri ini tidak mengantuk dan mampu untuk bangun awal keesokan harinya.

Fitnesse ada buat tawaran; setiap pembelian 1 pek Fitnesse (saiz besar je kot), free 1 botol nescafe 50g tue.. Maka, apakah keputusan yang anda jangka den akan ambil? Dah tentu lah beli.. huhu.. Dah tengok expired date, memang lama lagi expired, so kira berbaloi la juga TERbeli Fitnesse tue..



Pengajaran ketiga; ada kalanya anda perlu bertindak sebelum waktunya, jangan menangguh-nangguhkan kerja...

Faham tak? Faham tak?

Kena cepat bertindak tau cik fitri!

Pengajaran keempat; update blog hanya selepas semua kerja dah siap.. Erk, nak logout la nie, assignment belum siap..

Wassalam.. :)

No comments: