Sunday, December 16, 2012

Memahami dan Difahami


Ilmu menyampaikan sesuatu secara terang lagi bersuluh tue perlu den pelajari sebelum melangkah ke dunia pekerjaan.. Nampak mudah, tetapi sebenarnya susah, kalau dibiarkan boleh menjadi parah, erk, parah ye, bukan barah..

Den selalu berharap orang faham maksud tersirat dalam setiap ayat den, hakikatnya den dah tahu perkara tue tersirat, memang sah-sah la fikiran tak selari.. Tak percaya? Cuba buat soalan komsas spm dulu, sama x jawapan awak dengan kawan-kawan yang lain bagi soalan yang nak maksud tersirat, sama tak?

Kata-kata nie jauh lebih bahaya dan tajam berbanding pisau.. Luka akibat terkena pisau nampak darah, paling teruk tinggal parut, sapu minyak, parut pun beransur hilang.. Luka akibat tajamnya kata-kata, takde darah tapi mengambil masa untuk sembuh, ada kalanya kekal 'berdarah' walaupun telah berkurun lama..

Tue lah, 
lain kali jangan terlalu peramah, 
semua nak mencelah, 
pucat tue cukup baik dah, 
kalau dan-dan tue juga 'kalah', 
x ke salah?

Urm, dulu cikgu ajak join team pantun tak nak, ada hati ikut debat, hasilnya nehi.. Eh, tak la teruk sangat, ada faedahnya juga, dapat memupuk sifat penyabar dalam diri, urm, ye, sabar..
Mata dah celik.. Semoga selepas nie cik Fitri dapat mengawal kata-katanya, yang penting jari tue kena jaga, jangan taip perkara yang merepek; takut lebih banyak hati yang disakiti..

Akhir kata dari insan yang serba kekurangan ini, mohon ampun seandainya terkasar bahasa atau tersalah fakta, cik fitri sedang meniti laluan untuk memperbaiki kelemahan diri, mohon doa saudara dan saudari..

Wassalam..

No comments: