Sunday, December 16, 2012

Diskusi Cinta (Part 2)


Manusia selalu berkata, 
"cinta itu umpama drama", 
intro panjang berjela, 
kesudahannya antara bahagia ataupun derita..

Hakikatnya cinta itu bukan mudah untuk diperolehi, 
perlu usaha dan kekuatan diri, 
untuk memelihara hati,
untuk mendapatkan redha illahi..

Erk.. *Bakal encik suami*

Yang mencintaimu pasti malu, 
melihatmu sahaja lidah menjadi kelu, 
tidak sekali-kali menegur melulu, 
segalanya tersimpan rapi dalam kalbu..

Wahai jodoh yang sudah tertulis buatku sejak azali lagi, 
yang gerangannya masih tidak kuketahui, 
yang masih menjadi teka-teki, 
diri ini bukan lemah tak mampu berdiri, 
mungkin tersilap langkah melayan emosi, 
tetapi, 
diri ini telah tersedar dari mimpi, 
segalanya yang indah untuk dikecapi, 
sememangnya amat sukar diperolehi..

Siapa sahaja dirimu, 
doakan diri ini tidak terleka melayan tipu daya dunia, 
utamakanlah usaha untuk mendapatkan ilmu, 
insyaAllah andai tidak bertemu di dunia bersua kita di syurga..
-NFD @ Fitri Fie-


Wassalam..

No comments: