Entry ini bukan bermakna den ingin menonjolkan diri,
jauh sekali meminta
simpati,
hanya ingin menyampaikan luahan dari hati,
andai harapan telah diberi,
harus pesan pada diri,
harus pesan pada diri,
jangan sesekali lupa janji,
takut ada yang merana
nanti..
Eh, den bukan nak tunjuk bagus,
takut pula ada yang kata fius dah putus,
entry ini cuba digarap dengan telus,
agar tiada yang merengus..
takut pula ada yang kata fius dah putus,
entry ini cuba digarap dengan telus,
agar tiada yang merengus..
Harapan adalah satu bentuk keinginan, manakala pengharapan pula adalah
keinginan terhadap sesuatu.. Erk, dipersilakan mencari kamus dewan bahasa dan
pustaka edisi terbaru yang berhampiran dengan anda, menimbulkan rasa was-was
pula definisi yang diberikan oleh cik fitri nie..
Meh panjangkan citer..
Harapan nie macam awak sayang kat someone, pastu someone tue bagi kata-kata yang berbentuk harapan seperti "suatu hari nanti, kau pasti akan kumiliki".. Erk, macam terdesak pula ayat tue.. Takpe, tukar ayat lain.. "InsyaAllah, doakan jodoh kita telah tertulis di luh mahfuz, buat masa ini biarlah jarak memisahkan kita"..
Meh panjangkan citer..
Harapan nie macam awak sayang kat someone, pastu someone tue bagi kata-kata yang berbentuk harapan seperti "suatu hari nanti, kau pasti akan kumiliki".. Erk, macam terdesak pula ayat tue.. Takpe, tukar ayat lain.. "InsyaAllah, doakan jodoh kita telah tertulis di luh mahfuz, buat masa ini biarlah jarak memisahkan kita"..
Maka awak pun menanti dengan penuh sabar, dengan harapan dia mampu menjaga
dirinya..
Mungkin ‘someone’ tue ada pesonanya tersendiri,
sehingga yang baru hadir
tiba-tiba terhenti,
bilangannya bertambah dari sehari ke sehari,
kerana
keramahannya ada yang mula menaruh hati..
Ye, bukan salah ‘someone’ tue 100%, silapnya dia apabila tak mampu menahan
diri walaupun sudah menabur janji..
Pendek citer, harapan nie suatu kemahuan yang ingin dikecapi.. *erk,
definisi dah berubah*
Andai pernah memberi harapan kepada seseorang, ye, walaupun ada jalan yang
lebih wajar untuk dipilih, tolong jangan musnahkan pengharapan orang lain kat
anda..
Harapan nie memang tak semestinya akan terlaksana, tetapi harapan nie bijak
bermain dengan perasaan.. Ye, melayan perasaan tue perlu kena pada masanya,
terlalu layan boleh terganggu jiwa pula..
Senang citer, tak perlu bagi harapan, erk, senang ke?
*tolonglah mengerti, entry ini bukan mendedahkan aib sesiapa, hanya ingin
membuka mata sesiapa yang tiba-tiba terasa je, hehe, tak, setakat perkongsian dari insan yang kerdil nie.. Hakikatnya den taip semua nie
sebab nak mendalami watak dalam novel den yang tak pernah siap dan takkan
pernah siap tue.. Mentang-mentang dah 2-3 bulan terbengkalai, dah merajuk,
bukan setakat merajuk, siap hilangkan diri lagi.. Nie yang buat den rasa nak
tukar antivirus baru nie..*
Wassalam..
No comments:
Post a Comment