Study week yang dilalui sangat-sangat mendebarkan jiwa raga.. Urm, lusa ada speaking test, mohon kadar degupan jantung berada di paras normal.. Erk, jiwa raga, jantung? Maaf, entry den sebelum nie nak ayat-ayat manis je, lepas baca balik den rasa nak delete pun ada, huhu..
Jam berdetik dengan sangat pantas; ye, amat pantas sebab den rasa den tak memanfaatkan setiap saat yang telah berlalu pergi..
Balik Sabah lebih kurang 10-11 hari lagi, masalahnya den tengah fikir mampu ke tak den 'travel' sorang-sorang?
Pergi InsyaAllah mampu, balik uia tercinta tue yang den fikir berkali-kali tue.. Wokey, flight dijangka tiba pada 9.35am (kot??), pastu.. erk.. Mohon ada yang sudi ambik den kat airport.. huhu..
Fine, nak menyelit juga cik cinta nie..
Apa yang mampu den harapkan cuma tak perlu susah-susah 'berusaha' untuk mendapatkan cinta yang belum halal tue, tetapi cinta itu datang dengan sendirinya tanpa noda-noda yang memberatkan buku di bahu kiri den..
SUSAH tetapi yang susah tue lah yang TINGGI nilainya..
Ahhhh.. Usah mudah terbuai oleh cinta wahai cik fitri..
Ohhhh.. Mohon mengerti maksud dan kepada siapa 'cinta' itu..
**Nie la akibatnya kalau dengar lagu mendayu-dayu (Istikharah Cinta by Sigma) time study nie, tetiba jari jemari gatal nak menaip ayat-ayat yang tidak akan sampai ke garisan penamat dengan jayanya andai dibaca dengan pandangan yang berbeza**
CIK FITRI, sila berhenti menaip, orang yang tengah baca semua nie pun dah naik bosan dengan penulisan awak yang entah apa-apa nie, mohon sedar diri ye..
**Entry tak mengandungi unsur metafora, personifikasi, hiperbola dan sebagainya, bahkan struktur ayat menjadi tidak menarik pada pandangan mata kasar sebab nak citer tentang semua perkara tetapi masa amat mencemburui cik fitri**
*Buang yang keruh, ambil yang jernih*
Wassalam..
No comments:
Post a Comment