Friday, February 8, 2013

Harapan dan Pengharapan (Part 2)


Dah lama rasanya tak merepek kat blog nie.. 1st of all, syukur alhamdulillah, den dah lepas celpad.. Bukan budak direct intake uia kalau tak pernah dengar atau tahu tentang celpad, huhu..

Nak lupakan sepenuhnya tentang celpad pun tak boleh, banyak pengalaman yang tinggi nilainya.. urm, untuk kali nie, kita tak perlu citer panjang lebar tentang celpad yek? akak segan la.. hoho.. =.='

Nak sambung topic dalam entry-entry sebelum nie, Harapan dan Pengharapan..

Ada kalanya dalam keadaan tak sedar kita memberi harapan kepada seseorang mahupun diri kita sendiri.. 

Memberi harapan membuatkan kita menjadi serba salah seandainya harapan someone tue tidak dapat dipenuhi (Allah SWT adalah sebaik-baik perancang), manakala mengharapkan sesuatu yang berstatus 'sukar diperolehi' pula menimbulkan pelbagai perasaan yang nyata dan juga ada kalanya rekaan minda semata-mata..

Grrrr.. Orang lain belajar psychology, ayat semakin tersusun, orang nie pula susunan ayat menampakkan dia pula yang penuh dengan masalah..

Serius, saya memang perlu menguasai kemahiran berkata-kata, orang selalu tak faham apa yang saya nak sampaikan, sedih, huhuhu.. :'(

hohoho.. Nampak sangat blog nie diari bergerak saya..

Sebenarnya saya nak share lagu yang membuatkan perasaan saya bercampur-baur..




Tipu la kalau tak rindu parents, lagi-lagi bila teringat kata-kata mereka sebelum berlepas dari sabah minggu lalu.. Kata-kata yang penuh dengan harapan..


Serius, jauh lagi perjalanan saya sebelum memikul tanggungjawab baru.. Siapa, bila, dimana dan segala persoalannya masih menjadi teka-teki.. Doakan yang terbaik untuk saya..


Serius, kita suka menerima tetapi ada kalanya teramat berat memberi.. Kecil nilainya pada kita, besar nilainya di mata insan lain..

#Serius # Serius #Serius

Entry yang bercampur-aduk nie tamat di sini.. Yang baik dariNYA, yang buruk itu dari saya..

Wassalam..

No comments: