Sunday, February 17, 2013

Hati


Hati manusia,
Andai dibiarkan kosong tanpa cintaNYA,
Mulalah tercari-cari 'kekasih' setia,
Siang malam saling berbalas kata,
" Oh, ini 'Cinta Islamik' ", katanya,
Mesej berbentuk urusan mula bertukar rupa,
Sehari tak mendengar suaranya,
Rindu palsu mula menebar di jiwa,
Janji-janji mula mencipta sengketa,
Permulaannya sedikit bahagia,
Pengakhirannya penuh derita..

Hati itu,
Semakin lama semakin tahu,
Bahawa CINTA ITU amat dia perlu,
Yang didambakannya sedari dahulu,
Yang dicarinya di setiap waktu,
Ya Allah Ya Tuhanku,
Sungguh aku merinduiMU..

Sahabatku,
Andai masa lalu pengukur sebuah cerita,
Akan ada yang berlumba-lumba menjadi 'penilai berwibawa',
Andai sahaja akal bijak mencerna,
Pastinya kau tahu ia mungkin bersifat sementara..

Yang dahulunya tersilap langkah,
Pabila dibimbing mampu berubah,
Pabila ditegur tidak mudah melatah,
Tetapi pastinya ia bukan mudah..

Bersamalah kita mencariNYA wahai sahabat,
Sebelum akidah jauh terpesong ke barat,
Sebelum buku kiri menjadi terlalu berat,
InsyaAllah masih belum terlambat..

-NFD@Fitri Fie-

Puisi spontan yang den harap mampu dimanfaatkan oleh semua orang.. Tercari-cari kata yang mampu meredakan panasnya duniawi, yang mampu menghimpunkan segala isi hati, inilah sahaja yang dapat kutemui..


Segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT, yang buruk itu datangnya dari diri saya yang lemah ini..

Wassalam..

No comments: