Sunday, February 17, 2013

Subjektif


Rindu dan sayang itu bersifat subjektif kan? Kalau tidak, katakan sahaja ya; jaga hati penulis katanya.. Subjektif nie maksudnya pilihan jawapan lebih daripada pilihan A,B,C,D,E malah ada ruang kosong untuk diisi..

Bila kita sedih, kita menggunakan pelbagai cara untuk menyembuhkan kesakitan di hati.. Dah tentu kita dahulukan dengan berdoa padaNYA, memohon dibukakan pintu penyelesaian.. Setelah itu kita akan memulakan beberapa tindakan yang dengan izinNYA di'salur'kan penyelesaian melalui jalan tersebut..

Ada kalanya kita kongsi masalah dengan kawan kita.. Oh, dah tentu yang paling kita percayai, dan ada kalanya kita harapkan dia berikan kita jawapan yang kita nak..

Ada kalanya kita gunakan khidmat encik google.. Sekarang kan dah ramai yang buat 'sharing moment' kat blog dan website mereka, secara tidak langsung pencarian kita berakhir di laman sesawang milik mereka..

Ada kalanya kita biarkan hati, minda, akal, dan jiwa berdebat sesama mereka.. Berdebat hingga tak jumpa jalan penamat..

DIA Maha Mendengar, Maha Berkuasa, Maha Adil..

Kalau terasa sakit, mungkin silap kita sendiri, membuka ruang untuk disakiti..

DIA Maha Penyayang, Maha Pemurah, Maha Mengetahui..

Kalau hati terasa kosong, fikirkan sejenak, patutkah saat ini hati kosong? Renungkan..

Wassalam..

No comments: