Sunday, April 28, 2013

#DiskusiMasalahPeminjamHati


Hati ini bukan kita yang punya,
Amanah dariNYA yang perlu dijaga,
Usah terbuai dengan kebahagian sementara,
Takut hatimu mudah terluka..

Urusan vs 'tiket' urusan,
Menguasai diri secara perlahan,
Perkara bukan urusan dijadikan alasan,
Akal menentang tetapi hati membenarkan..

Akal vs hati,
Mungkin sukar untuk diteliti,
Ada sahaja hujah diberi,
Untuk membenarkan keinginan diri..

Fitrah vs fitnah,
Tahu tetapi buta,
Peka dengan yang salah,
Kurang cakna dengan solusinya.

Kehendak vs nafsu,
Perlu disemak selalu,
Sebelum tersasar jauh,
Sebelum tersalah laku..

Ukhuwah vs ikhtilat,
Membawa mesej yang sarat,
Tanggungjawab pastinya berat,
Sedarlah sebelum terlambat..

Mudah vs susah,
Pilihan terbentang di hadapan mata,
Pilihlah dengan bijaksana,
Pilihlah yang mendekatkan diri kita denganNYA..
-FitriFie@NFD-



Wassalam..

No comments: