Sunday, April 28, 2013

#PermainanMimpiVsDuniaRealiti


Dalam lena kusedari airmata membasahi pipi,
Teresak-esak menahan emosi,
Terfikir adakah ianya realiti,
Ataupun sekadar permainan mimpi?

Kegembiraan menyelubungi diri,
Kuterlihat polosnya seorang bayi,
Doktor kata dia anakku dan suami,
Sihat dan comel sekali..

Dugaan satu persatu menghampiri,
Kegembiraan yang diimpi,
Terasa mula menjauhi,
Jujur aku tak mampu bertahan lagi.

Hakikat sebuah mimpi,
Tidak semua berjaya diingati,
Mungkin kerana keluarga mungkin juga berubah hati,
Penyebab terhentinya tugasku sebagai seorang isteri.

Pekerjaan yang ditinggalkan atas permintaan suami,
Menjadi punca 'keadilan' tidak menyebelahi diri,
Semuanya kerana faktor ekonomi,
Hak penjagaan anak bukan menjadi milikku lagi.

Kubersyukur meski aku hanya mampu melawatnya seminggu sekali,
Hubungan kami masih terjalin rapi,
Tetapi hidupku kurang serba-serbi,
Anak yang dikandung 9 bulan 9 hari,
Jauh dari pandangan diri..

Proses menganalisa bermula kini,
Tanpa kusedari,
Faktor usia kami,
Mungkin menjadi punca rumahtangga terlerai.

Ketika bercinta semuanya indah sekali,
Mengharungi dugaan tidak terkecuali,
Tetapi kematangan belum mampu menundukkan hati,
Kerasionalan memilih mana yang benar belum dimiliki,
Kepekaan mengambil keputusan yang tepat belum dikuasai.

Persoalan "Kenapa perlu dikongsikan kepada kami?"
Mungkin terngiang-ngiang di hati,
Setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri,
Petiklah apa sahaja yang mampu kau pelajari,
Yang pasti ini semuanya hanyalah mimpi.
*FitriFie@NFD*


Wassalam..

No comments: