5 Mei 2013 tarikh keramat,
Semangat membara di setiap tempat,
Resam bertanding perlu kita hormat,
Namun kekalahan ini bukanlah penamat.
Semangat membara di setiap tempat,
Resam bertanding perlu kita hormat,
Namun kekalahan ini bukanlah penamat.
Semangat berkobar-kobar di hati tersemat,
Masing-masing bersaing rapat,
Pelbagai kaedah digunakan secara 'selamat',
Ada yang mengambil masa ada yang nak 'cepat'.
Krisis kian sarat,
Apabila berlainan pendapat,
Baru nak tiupkan kata-kata semangat,
Dah ada yang post kata-kata 'menyengat'?
Sedarlah bumi ini bulat,
Sebelum terlambat,
Walau hanya sesaat,
Jaga kata-kata elak orang meluat.
Fahamilah makna tersirat,
Hidup ini sentiasalah beringat,
Mohon ubah tabiat,
Bertindak segera janganlah liat.
-NFD@FitriFie-
Wassalam..

No comments:
Post a Comment